Penilaian perisian kursus adaptif multimedia (A-Maths) berasaskan stail pembelajaran

Kertas kerja ini membentangkan kajian tentang pembangunan dan penilaian perisian kursus matematik multimedia adaptif (A-MathS). Reka bentuk antara muka dan persembahan kandungan adalah berasaskan ciri-ciri stail pembelajaran global dan analitikal, kecenderungan modaliti visual dan verbal, serta teor...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nor Azan Mat Zin, Halimah Badioze Zaman, Shahrul Azman Mohd Noah
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2009
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3509/
http://journalarticle.ukm.my/3509/
http://journalarticle.ukm.my/3509/1/1.pdf
Description
Summary:Kertas kerja ini membentangkan kajian tentang pembangunan dan penilaian perisian kursus matematik multimedia adaptif (A-MathS). Reka bentuk antara muka dan persembahan kandungan adalah berasaskan ciri-ciri stail pembelajaran global dan analitikal, kecenderungan modaliti visual dan verbal, serta teori pengajaran dan pembelajaran kognitivisme dan konstruktivisme. Metodologi yang digunakan adalah diubahsuai daripada model reka bentuk berarahan Robyler untuk perisian kursus berasaskan komputer. Penilaian keberkesanan dan kepenggunaan prototaip A-MathS dilaksanakan melalui kajian kes yang melibatkan 35 orang sampel, menggunakan teknik eksperimen separa ujian pra-ujian pasca dan soal selidik. Data hasil penilaian dianalisis menggunakan statistik tak-berparameter. Hasil kajian mendapati bahawa sampel yang menggunakan modul A-MathS yang sepadan dengan stail pembelajaran mereka menunjukkan peningkatan markah ujian pasca yang signifikan (p = 0.000). Kumpulan eksperimen memperoleh markah pencapaian min 10.5 berbanding 1.8 bagi kumpulan kawalan. Ini bermakna, perisian kursus yang direka bentuk berasaskan stail pembelajaran adalah berkesan dalam membantu meningkatkan pencapaian pelajar.