Politik pembangunan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, Sarawak
Politik pembangunan merupakan aspek penting dalam kemajuan sosioekonomi sesuatu kawasan, terutamanya di kawasan yang masih belum membangun di kawasan pedalaman. Politik pembangunan dapat diterjemahkan melalui projek pembangunan yang memberi faedah yang tersirat kepada rakyat antaranya ialah mening...
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3613/ http://journalarticle.ukm.my/3613/ http://journalarticle.ukm.my/3613/1/9.geografia-peb%25202012-themed%2520issue-junaidi%2520dkk-ukm-22.2.pdf |
Summary: | Politik pembangunan merupakan aspek penting dalam kemajuan sosioekonomi sesuatu kawasan, terutamanya di
kawasan yang masih belum membangun di kawasan pedalaman. Politik pembangunan dapat diterjemahkan melalui
projek pembangunan yang memberi faedah yang tersirat kepada rakyat antaranya ialah meningkatkan pendapatan
rakyat, menambahkan peluang pekerjaan, menambahkan peluang perniagaan, menaikkan taraf ekonomi rakyat dan
juga pelbagai lagi faedah yang bakal diterima oleh rakyat sekiranya pembangunan berada di kawasan mereka.
Dalam konteks negeri Sarawak, negeri tersebut dilingkungi kawasan pedalaman yang sangat luas dan jaringan
perhubungan dan pengangkutan memainkan peranan penting dalam menjana pembangunan kawasan atau bahagian.
Dalam pilihan raya umum ke 12 yang lalu, Barisan Nasional (BN) telah dinafikan majoriti 2/3 di Parlimen dan
hanya boleh membentuk kerajaan pusat dengan majoriti asas. Namun, benteng terakhir BN ialah di kawasan
Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak di mana hampir 95 peratus kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan
Parlimen di kedua-dua negeri tersebut dikuasai BN. Pilihan raya kecil DUN Batang Air diadakan kerana kematian
penyandangnya iaitu Datuk Dublin Unting Ingkot kerana penyakit angin ahmar. Ia dikatakan menjadi kayu
pengukur pengaruh BN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan menghadapi pilihan raya DUN yang akan
diadakan selewat-lewatnya pada tahun 2012. Dapatan kajian yang dijalankan menunjukkan 88.6 peratus menyatakan
BN akan memenangi pilihan raya tersebut berbanding PKR 3.6 peratus. Setelah pilihan raya kecil diadakan, hasilnya
dimenangi BN dengan majoriti yang bertambah lebih sekali ganda iaitu dari 806 undi kepada 1854 undi dan ini
membuktikan sentimen politik pembangunan terus kekal di kawasan tersebut kerana pembangunan hanya dapat
dijalankan dengan memilih parti yang memerintah sesebuah negeri. Justeru, artikel ini akan menyingkap faktor
politik pembangunan dalam mempengaruhi keputusan pilihan raya kecil tersebut. |
---|