Infeksi entamoeba histolytica di kalangan kanak-kanak Orang Asli di Pos Lenjang, Pahang

Infeksi Entamoeba histolytica adalah tersebar di seluruh dunia dengan prevalens infeksi yang lebih tinggi di kalangan masyarakat terpinggir termasuk Orang Asli yang tinggal di kawasan tropika dan subtropika. Seramai 71 orang kanak-kanak Orang Asli dari Pos Lenjang, Pahang telah terlibat di dalam kaj...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Hartini Yusof, Mohamed Kamel Abd. Ghani
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2009
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3632/
http://journalarticle.ukm.my/3632/
http://journalarticle.ukm.my/3632/1/Infeksi_Entamoeba_histolytica_di_Kalangan.pdf
Description
Summary:Infeksi Entamoeba histolytica adalah tersebar di seluruh dunia dengan prevalens infeksi yang lebih tinggi di kalangan masyarakat terpinggir termasuk Orang Asli yang tinggal di kawasan tropika dan subtropika. Seramai 71 orang kanak-kanak Orang Asli dari Pos Lenjang, Pahang telah terlibat di dalam kajian ini. Bagi kajian yang lebih terperinci, kumpulan kanak-kanak ini telah dibahagikan menurut jantina dan umur. Sampel feses dikumpul dan setiap sampel diperiksa bagi pengenalpastian Entamoeba histolytica dengan menggunakan 3 jenis teknik diagnostik yang berbeza iaitu teknik apusan langsung, konsentrasi formalin-eter dan perwarnaan trikrom. Prevalens infeksi protozoa usus Entamoeba histolytica di kalangan kanak-kanak Orang Asli di Pos Lenjang, Pahang adalah tinggi iaitu 22.5%. Dari segi jantina, prevalens infeksi lebih tinggi di kalangan kanak-kanak perempuan (32.5%) berbanding kanak-kanak lelaki (9.7%). Infeksi juga didapati lebih kerap berlaku di kalangan kanak-kanak yang bersekolah (32.4%) berbanding kanak-kanak prasekolah (11.8%). Prevalens infeksi Entamoeba histolytica yang tinggi di kalangan kanak-kanak Orang Asli di Pos Lenjang, Pahang adalah berhubung kait dengan pelbagai faktor termasuk status sosioekonomi yang rendah, budaya, kekurangan kemudahan asas dan tahap pengetahuan mengenai penjagaan kesihatan serta kebersihan diri yang rendah.