Prevalens goiter dan performans mental di kalangan Orang Asli di Sinderut, Pahang
Prevalens goiter dan performans mental telah ditentukan di kalangan penduduk Orang Asli di Sinderut; suatu kawasan pedalaman di Pahang. Seramai 196 subjek telah dipilih untuk kajian dengan julat umur dari 4 hingga 60 tahun. Status goiter telah ditentukan oleh pakar endokrinkologi menggunakan pengkel...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
1996
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3693/ http://journalarticle.ukm.my/3693/ |
Summary: | Prevalens goiter dan performans mental telah ditentukan di kalangan penduduk Orang Asli di Sinderut; suatu kawasan pedalaman di Pahang. Seramai 196 subjek telah dipilih untuk kajian dengan julat umur dari 4 hingga 60 tahun. Status goiter telah ditentukan oleh pakar endokrinkologi menggunakan pengkelasan yang dicadangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia; manakala performans mental diukur menggunakan ujian Raven (Oxford Psychologists Press). Pengambilan spesimen darah juga dilakukan untuk ditentukan paras tiroksin (T4) dan hormon perangsang tiroid (TSH). Didapati prevalens goiter adalah 26.5% (521196); dengan prevalens goiter nyata 42.3% (22152). Min isipadu goiter keseluruhan adalah 21.4 ± 19.1 ml (julat : 3.0 - 90.8 ml), sementara prevalens performans mental bagi nilai persentil lebih daripada 5.0 adalah 26.5% (julat : 5.0 - 50.0). Min paras tiroksin adalah 75.4 ± 19.3 nmol/L (julat : 19.9 - 138.1 nmol/L) manakala min paras hormon perangsang tiroid adalah 4.9 ± 3.2 mU/L (julat : 0.4 18.9 mU/L). Tidak terdapat korelasi yang signifikans di antara paras hormon dan skor performans mental (Korelasi Pearson; T4 : r=-0.002, p=0.9736; TSH : r=0.10, p=0.1843), serta isipadu goiter dan skor performans mental (Korelasi Pearson; r=-0.02, p=0.8395). Prevalens goiter 20% menunjukkan kawasan ini mengalami endemia yang sederhana. Performans mental pula menunjukkan tahap pemikiran yang rendah di kalangan penduduk Orang Asli terutamanya di kawasan pedalaman. |
---|