Kesan testosteron terhadap larva ascaris suum pada mencit

Kesan testosteron terhadap bebanan dan pertumbuhan larva Ascaris suum telah dikaji. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengaruh testosteron terhadap infeksi A. suum adalah bergantung kepada takaran hormon yang diberikan. Didapati hanya takaran 0.5 mg testosteron propionat (TP) yang diberikan selama 18...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Rohani A. Ahmad, Badrul- Munir , M. Z., Kamis, A. B.
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 1996
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3701/
http://journalarticle.ukm.my/3701/
Description
Summary:Kesan testosteron terhadap bebanan dan pertumbuhan larva Ascaris suum telah dikaji. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengaruh testosteron terhadap infeksi A. suum adalah bergantung kepada takaran hormon yang diberikan. Didapati hanya takaran 0.5 mg testosteron propionat (TP) yang diberikan selama 18 hari meninggikan kerentanan mencit (66.2 ± 11.15 larva) (min ± S.E.) terhadap infeksi parasit jika dibandingkan dengan kawalan (38.0 ± 7.13 larva) (P>0.05). Takaran testosteron yang lebih tinggi (1.0, 2.5 atau 5.0 mg TP) tidak menunjukkan kesan yang jelas. Hasil percubaan juga menunjukkan bahawa pemberian hormon (0.5 mg TP) selama 7 hari boleh meningkatkan kerentanan perumah (86.1 ± 5.86 larva) terhadap infeksi A. Summ. Perbandingan dengan kawalan (14.6 ± 1.71 larva) dan menunjukkan perbezaan yang nyata pada P < 0.001. Begitujuga dengan pemberian hormon selama 14 dan 28 hari. Sebaliknya gonadektomi telah mengurangkan kerentanan mencit terhadap infeksi A. suum. Walau bagaimanapun, kesan sebaliknya didapati apabila mencit yang gonadektomi itu diberi suntikan 0.5 mg TP (P < 0.001). Hormon testosteron dipercayai mempengaruhi corak infeksi parasit secara tidak langsung dengan mempengaruhi perkembangan organ-organ limfoid.