Diagenesis dan asal mula dolomit dan kuarza di dalam Batu Kapur Kodiang, Kedah

Batu Kapur Kodiang yang tersingkap di Kodiang dan Alor Setar telah banyak dikaji dan didokumentasikan. Berbagai aspek geologi formasi batu kapur ini telah dilaporkan termasuk stratigrafi, startigrafi jujukan, sedimentologi dan paleontologi. Walau bagaimanapun aspek diagenesis formasi batuan ini tida...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Che Aziz Ali, Kamal Roslan Mohamed
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 1996
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3717/
http://journalarticle.ukm.my/3717/
Description
Summary:Batu Kapur Kodiang yang tersingkap di Kodiang dan Alor Setar telah banyak dikaji dan didokumentasikan. Berbagai aspek geologi formasi batu kapur ini telah dilaporkan termasuk stratigrafi, startigrafi jujukan, sedimentologi dan paleontologi. Walau bagaimanapun aspek diagenesis formasi batuan ini tidak pernah dibincangkan secara khusus. Batu kapur Kodiang ini telah melalui sejarah diagenesis yang rumit yang bermula sebaik saja sedimen dimendapkan di atas permukaan dasar laut. Berbagai hasil diagenesis telah dikenal pasti termasuk penyimenan samudera awal, penyimenan meterorik dan penyimenan di bawah permukaan yang lebih dalam. Secara asas fitur-fitur yang dikenalpasti adalah seperti berikut; simen kalsit berserat, kalsit spar dan poikilotopik, tumbuhlampau kalsit, dolomit, simen silika dan evaporit. Pemeriksaan rapi pada singkapan menunjukkan dolomit hadir pada beberapa aras di dalam jujukan. Kehadirannya secara bersistematik boleh dikorelasikan pada setiap singkapan. Kajian petrografi menunjukkan dolomit wujud dalam berbagai mod yang boleh diklaskan sebagai dolomit berstrata dan dolomit tidak berstrata. Dua klas ini boleh dikaitkan dengan dua fasa pendolomitan. Dolomit berstrata ditafsirkan telah terbentuk awal di dalam sejarah diagenesis batu kapur. Dolomit tidak berstrata pula dikaitkan dengan pendolomitan semasa timbusan dalam di bawah keadaan fiziko-kimia bawah permukaan.