Kedudukan tektonik dan petrogenesis Kompleks Benta, Pahang, Semenanjung Malaysia

Kajian terhadap Kompleks Benta, Pahang dilakukan bagi mengetahui (1) geokimia jasad granit, (2) batuan punca atau magma induk, dan (3) sekitaran tektonik semasa pembentukan batuan. Berdasarkan ketiga-tiga aspek ini, Kompleks Benta boleh dikelompokkan sebagai batuan bes pertengahan jenis metaalumina...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Rozi Umor, Hamzah Mohamad, Syed Sheikh Almashoor
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2001
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3802/
http://journalarticle.ukm.my/3802/
Description
Summary:Kajian terhadap Kompleks Benta, Pahang dilakukan bagi mengetahui (1) geokimia jasad granit, (2) batuan punca atau magma induk, dan (3) sekitaran tektonik semasa pembentukan batuan. Berdasarkan ketiga-tiga aspek ini, Kompleks Benta boleh dikelompokkan sebagai batuan bes pertengahan jenis metaalumina dan dikelaskan sebagai suit alkali-kalsik. Batuan punca dicadangkan berasal daripada peleburan separa alkali mantel eklogit pada suhu 800- 1000°C dengan tekanan dan kedalaman masing-masing 15-20 Kba dan 60-70 km. Jasad igneus dikelaskan sebagai jenis A dengan kedudukan tektonik semasa pembentukan batuan dicadangkan pada sekitaran dalam kepingan (WPG). Pada sekitaran ini, tidak berlaku proses orogeni dan batuan igneus yang terhasil adalah daripada proses pengangkatan kerak.