Taburan ektoparasit pada ikan marikultur dan kaitannya dengan kualiti air

Taburan ektoparasit pada ikan marikultur komersil iaitu ikan siakap (Lates calcarifer) dan kerapu (Epinephelus tauvina) yang dipelihara dalam sangkar terapung di tiga kawasan persiaran pantai Pulau Pinang dan Kedah dan kaitannya dengan kualiti air telah dikaji. Penentuan parasit ditentukan pada baha...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zainal-Abidin, B.A.H, Jarod , S.
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2002
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3838/
http://journalarticle.ukm.my/3838/
id ukm-3838
recordtype eprints
spelling ukm-38382012-05-07T03:04:24Z http://journalarticle.ukm.my/3838/ Taburan ektoparasit pada ikan marikultur dan kaitannya dengan kualiti air Zainal-Abidin, B.A.H Jarod , S. Taburan ektoparasit pada ikan marikultur komersil iaitu ikan siakap (Lates calcarifer) dan kerapu (Epinephelus tauvina) yang dipelihara dalam sangkar terapung di tiga kawasan persiaran pantai Pulau Pinang dan Kedah dan kaitannya dengan kualiti air telah dikaji. Penentuan parasit ditentukan pada bahagian sirip, kulit, mata, operkulum, insang dan mulut ikan. Parameter kualiti air seperti suhu, pH, oksigen terlarut, kemasinan dan kandungan ammonia (menggunakan Hyrolab dan Hatch Kit) dan kepekatan logam berat Hg, Cu, Cd dan Pb (menggunakan spektrofotometer serapan atom) juga ditentukan pada tempoh yang sama. Empat spesies parasit protozoa iaitu Brooklynella hostilis, Cryptocaryon irritans, Henneguya sp. dan Trichodina sp., dua spesies kopepod iaitu Caligus sp. dan Lepeoptheirus sp serta satu spesies monogenea iaitu Diplectanum sp. telah dikenalpasti daripada kedua-dua jenis ikan tersebut. Spesies ektoparasit yang ditemui dan taburannya pada ikan di ketiga-tiga kawasan kajian didapati hampir serupa sepanjang tempoh kajian. Prevalen jangkitan parasit berbeza mengikut bulan persampelan, prevalenjangkitan ini meningkat pada bulan ketiga dan keempat persampelan dengan prevalen Trichodina sp. selalunya lebih tinggi berbanding parasit-parasit lain. Parasit ditemui pada hampir semua badan ikan yang diperiksa dan bahagian insang paling sering dijangkiti. Ikan yang berumur tiga bulan didapati juga lebih kerap dijangkiti parasit berbanding ikan berumur enam bulan. Parameter kualiti air yang diukur menunjukkan bahawa kualiti air di ketiga-tiga kawasan kajian masih baik dan berada pada tahap yang selamat untuk pemeliharaan ikan. Ini mungkin menjelaskan kenapa spesies dan taburan ektoparasit di kawasan-kawasan tersebut hampir serupa. Namun begitu kepekatan logam berat Pb adalah tinggi bagi semua kawasan. Ini dikhuatiri boleh mempengaruhi taburan atau prevalen sesetengah parasit. Menerusi analisis regresi logistik, telah didapati kepekatan Pb yang tinggi ini berkait rapat dengan prevalen jangkitan Trichodina sp. yang juga tinggi pada kedua-dua jenis ikan di semua kawasan kajian. Universiti Kebangsaan Malaysia 2002 Article PeerReviewed Zainal-Abidin, B.A.H and Jarod , S. (2002) Taburan ektoparasit pada ikan marikultur dan kaitannya dengan kualiti air. Sains Malaysiana, 31 . pp. 205-221. ISSN 0126-6039 http://www.ukm.my/jsm/english_journals/vol31_2002/vol31_02page205-221.html
repository_type Digital Repository
institution_category Local University
institution Universiti Kebangasaan Malaysia
building UKM Institutional Repository
collection Online Access
description Taburan ektoparasit pada ikan marikultur komersil iaitu ikan siakap (Lates calcarifer) dan kerapu (Epinephelus tauvina) yang dipelihara dalam sangkar terapung di tiga kawasan persiaran pantai Pulau Pinang dan Kedah dan kaitannya dengan kualiti air telah dikaji. Penentuan parasit ditentukan pada bahagian sirip, kulit, mata, operkulum, insang dan mulut ikan. Parameter kualiti air seperti suhu, pH, oksigen terlarut, kemasinan dan kandungan ammonia (menggunakan Hyrolab dan Hatch Kit) dan kepekatan logam berat Hg, Cu, Cd dan Pb (menggunakan spektrofotometer serapan atom) juga ditentukan pada tempoh yang sama. Empat spesies parasit protozoa iaitu Brooklynella hostilis, Cryptocaryon irritans, Henneguya sp. dan Trichodina sp., dua spesies kopepod iaitu Caligus sp. dan Lepeoptheirus sp serta satu spesies monogenea iaitu Diplectanum sp. telah dikenalpasti daripada kedua-dua jenis ikan tersebut. Spesies ektoparasit yang ditemui dan taburannya pada ikan di ketiga-tiga kawasan kajian didapati hampir serupa sepanjang tempoh kajian. Prevalen jangkitan parasit berbeza mengikut bulan persampelan, prevalenjangkitan ini meningkat pada bulan ketiga dan keempat persampelan dengan prevalen Trichodina sp. selalunya lebih tinggi berbanding parasit-parasit lain. Parasit ditemui pada hampir semua badan ikan yang diperiksa dan bahagian insang paling sering dijangkiti. Ikan yang berumur tiga bulan didapati juga lebih kerap dijangkiti parasit berbanding ikan berumur enam bulan. Parameter kualiti air yang diukur menunjukkan bahawa kualiti air di ketiga-tiga kawasan kajian masih baik dan berada pada tahap yang selamat untuk pemeliharaan ikan. Ini mungkin menjelaskan kenapa spesies dan taburan ektoparasit di kawasan-kawasan tersebut hampir serupa. Namun begitu kepekatan logam berat Pb adalah tinggi bagi semua kawasan. Ini dikhuatiri boleh mempengaruhi taburan atau prevalen sesetengah parasit. Menerusi analisis regresi logistik, telah didapati kepekatan Pb yang tinggi ini berkait rapat dengan prevalen jangkitan Trichodina sp. yang juga tinggi pada kedua-dua jenis ikan di semua kawasan kajian.
format Article
author Zainal-Abidin, B.A.H
Jarod , S.
spellingShingle Zainal-Abidin, B.A.H
Jarod , S.
Taburan ektoparasit pada ikan marikultur dan kaitannya dengan kualiti air
author_facet Zainal-Abidin, B.A.H
Jarod , S.
author_sort Zainal-Abidin, B.A.H
title Taburan ektoparasit pada ikan marikultur dan kaitannya dengan kualiti air
title_short Taburan ektoparasit pada ikan marikultur dan kaitannya dengan kualiti air
title_full Taburan ektoparasit pada ikan marikultur dan kaitannya dengan kualiti air
title_fullStr Taburan ektoparasit pada ikan marikultur dan kaitannya dengan kualiti air
title_full_unstemmed Taburan ektoparasit pada ikan marikultur dan kaitannya dengan kualiti air
title_sort taburan ektoparasit pada ikan marikultur dan kaitannya dengan kualiti air
publisher Universiti Kebangsaan Malaysia
publishDate 2002
url http://journalarticle.ukm.my/3838/
http://journalarticle.ukm.my/3838/
first_indexed 2023-09-18T19:39:54Z
last_indexed 2023-09-18T19:39:54Z
_version_ 1777405519959425024