Pencangkukan stirena ke atas gentian selulosa kapas dengan menggunakan sinar-γ

Pemkopolimeran cangkukan monomer stirena ke atas gentian selulosa kapas secara penyinaran serentak telah dilakukan dengan menggunakan sinar-γ dari sumber 60Co. Kesan kepekatan monomer stirena, atmosfera penyinaran dan rawatan awal kain kapas dengan asid, alkali serta beberapa jenis garam ionik terha...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Khiew , Poi Sim, Md. Soot Hj. Ahmad
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2003
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3857/
http://journalarticle.ukm.my/3857/
Description
Summary:Pemkopolimeran cangkukan monomer stirena ke atas gentian selulosa kapas secara penyinaran serentak telah dilakukan dengan menggunakan sinar-γ dari sumber 60Co. Kesan kepekatan monomer stirena, atmosfera penyinaran dan rawatan awal kain kapas dengan asid, alkali serta beberapa jenis garam ionik terhadap darjah pencangkukan telah dikaji. Kepekatan 35% larutan stirena didapati memberi darjah pencangkukan yang maksimum. Keadaan atmosfera penyinaran juga mempengaruhi yil cangkukan yang diperolehi terutamanya dengan kehadiran gas yang bersifat penggarut radikal. Rawatan awal kain kapas dengan asid, alkali dan garam ionik didapati memberi kesan yang berbeza terhadap hasil cangkukan yang diperolehi dan bergantung kepada jenis ion yang wujud dalam sistem.