Zarah schroedinger bebas atas garis sebagai suatu resapan

Modulus kuasa dua fungsi gelombang zarah bebas yang bersyarat awal fungsi taburan normal ditunjukkan bertaburan normal dengan min yang sama tetapi bervarians yang berbeza. Oleh itu modulus fungsi gelombang itu dan kuasa duanya memenuhi persamaan resapan yang berpekali resapan berpekali hanyutan d...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Shaharir Mohamad Zain, Nik Rusdi Yaacob
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2003
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3860/
http://journalarticle.ukm.my/3860/
Description
Summary:Modulus kuasa dua fungsi gelombang zarah bebas yang bersyarat awal fungsi taburan normal ditunjukkan bertaburan normal dengan min yang sama tetapi bervarians yang berbeza. Oleh itu modulus fungsi gelombang itu dan kuasa duanya memenuhi persamaan resapan yang berpekali resapan berpekali hanyutan dengan F ialah fasa fungsi gelombang itu tetapi masing-masingnya bersumberkan potensi yang berbeza dan bergantung pada terbitan pertama fasa fungsi gelombang itu. Untuk syarat awal sebarang fungsi yang kuasa duanya terkamirkan, modulus dan modulus kuasa dua fungsi gelombang yang sepadannya dibuktikan memenuhi persamaan resapan yang serupa dengan fasa yang sepadannya. Pengecaman proses resapan secara terus ini dapat menjadi satu lagi alternatif terhadap pemahaman tabii fungsi gelombang dalam persamaan Schroedinger itu di samping kaedah-kaedah yang lain yang disorot di sini.