Penghasilan aseton-butanol-etanol dan gas hidrogen daripada efluen kilang kelapa sawit secara fermentasi anaerobik dengan clostridium acetobutylicum NCIMB 13357
Kajian ke atas penggunaan secara terus efluen kilang sawit (POME) sebagai medium fermentasi aseton-butanol-etanol dan hidrogen (ABE/H) oleh ClostridÂium acetobutylicum NClMB 13357 telah dilakukan dalam sistem kultur kelompok. Kesan kepekatan POME termendak dan kesan pH awal medium ke atas penghasila...
Main Authors: | , , , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2004
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3873/ http://journalarticle.ukm.my/3873/ |
Summary: | Kajian ke atas penggunaan secara terus efluen kilang sawit (POME) sebagai medium fermentasi aseton-butanol-etanol dan hidrogen (ABE/H) oleh ClostridÂium acetobutylicum NClMB 13357 telah dilakukan dalam sistem kultur kelompok. Kesan kepekatan POME termendak dan kesan pH awal medium ke atas penghasilan ABE/H telah diteliti. Didapati 90% POME termendak (POME90) menghasilkan jumlah kepekatan ABE yang tertinggi sebanyak 4.01 g/L (pH 5.8) dengan kepekatan aseton; 1. 97g/L, butanol; 1.74g/L dan etanol; 0.3g/L. Penghasilan butanol adalah maksimum pada pH 6.0 iaitu sebanyak 1.86g/L. Kultur dengan kepekatan POME90 menghasilkan gas hidrogen lebih tinggi berbanding dengan kultur berkepekatan POME termendak yang lebih rendah. Penghasilan gas hidrogen didapati tertinggi pada pH 5.5 (31mL). Gas hidrogen turut dihasilkan pada pH awal medium lain dengan penghasilan melebihi 50% (v/v) kecuali pada pH 4.5 yang hanya menghasilkan 5mL (16% v/v) gas hidrogen. |
---|