Perbandingan kepekatan plumbum darah dan hubungannya dengan skor neurotingkah laku antara pekerja kilang bateri dengan pekerja pentadbiran di Selangor D.E., Malaysia

Kajian ini membandingkan kepekatan plumbum darah dan hubungannya dengan skor neurotingkah laku di kalangan dua kumpulan pekerja. Kumpulan terdedah yang terdiri daripada 50 orang pekerja lelaki dari dua buah kilang bateri manakala kumpulan perbandingan terdiri daripada 40 orang pekerja pentadbiran le...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Zailina Hashim, Nurunniza Zainal Abidin, Shamsul Bahari Shamsudin
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2004
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3874/
http://journalarticle.ukm.my/3874/
Description
Summary:Kajian ini membandingkan kepekatan plumbum darah dan hubungannya dengan skor neurotingkah laku di kalangan dua kumpulan pekerja. Kumpulan terdedah yang terdiri daripada 50 orang pekerja lelaki dari dua buah kilang bateri manakala kumpulan perbandingan terdiri daripada 40 orang pekerja pentadbiran lelaki dari sebuah universiti tempatan. Ujian Neurotingkahlaku (NCTS) dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia yang telah diubahsuai digunakan. la mengandungi 7 ujian iaitu Ujian Pengstoran Visual Benton, Ujian Jarak Digit, Ujian Simbol Digit, Ujian Sasaran Mengejar, Ujian Masa Tindakbalas, Ujian Kepantasan Tangan Santa Ana dan Ujian Membuat Jejak. Sampel darah vena telah diambil dari responden kajian dan kepekatan plumbum darah dianalisis menggunakan Spektrojotometer Serapan Atom Relau Grafit. Min kepekatan plumbum darah kumpulan terdedah (38.5 μg/dL) adalah lebih tinggi dari kumpulan perbandingan (5.6 μg/dL). Terdapat perbezaan yang signifikan bagi min kepekatan plumbum darah di antara dua kumpulan ini. Ujian statistik juga menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi min skor setiap ujian neurotingkahlaku seperti Ujian Pengstoran Visual Benton (p = 0.001), Ujian Jarak Digit (p< 0.001), Ujian Simbol Digit (p< 0.001), Ujian Sasaran Mengejar (p< 0.001), Ujian Masa Tindakbalas (p< 0.001), Ujian Kepantasan Tangan Santa Ana (p< 0.001), Ujian Membuat Jejak (p<0.001) dan min skor jumlah keseluruhan ujian NCTS (p< 0.001) di antara dua kumpulan ini. Terdapat hubungan songsang yang signifikan di antara kepekatan plumbum darah dengan setiap skor ujian neurotingkah laku dan skor keseluruhan apabila kedua kumpulan ini digabungkan. Kepekatan plumbum darah menunjukkan hubungan songsang yang signifikan dengan tempoh pendidikan (p=<0.00l) dan jumlah pendapatan (p=0.001) apabila kedua kumpulan ini digabungkan. Ujian statistik mendapati bahawa plumbum darah, umur, tempoh pendidikan, jumlah pendapatan, tempoh bekerja dan bangsa menyumbang kepada pencapaian min skor NCTS keseluruhan. Model GLM menunjukkan bahawa 56.9 % dari nilai min skor NCTB dipengaruhi oleh variabiliti faktor penyumbang yang telah dinyatakan.