Penyediaan dan kajian spektroskopi sebatian organostanum (IV) dengan asid dikarboksilik

Kompleks organostanum(lV) terbitan asid dikarboksilik telah disintesis menggunakan trifenilstanum(lV) hidroksida (Ph3SnOH) sebagai reaktan. Kompleks dihasilkan melalui tindak balas di antara trifenilstanum(IV) hidroksida dengan asid dikarboksilik (asid malonik, suksinik, glutarik dan adipik) menggun...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yip , Faa Win, Yang Farina, Ibrahim Baba, Abdul Hamid Othman
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2004
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3879/
http://journalarticle.ukm.my/3879/
Description
Summary:Kompleks organostanum(lV) terbitan asid dikarboksilik telah disintesis menggunakan trifenilstanum(lV) hidroksida (Ph3SnOH) sebagai reaktan. Kompleks dihasilkan melalui tindak balas di antara trifenilstanum(IV) hidroksida dengan asid dikarboksilik (asid malonik, suksinik, glutarik dan adipik) menggunakan alat radas Dean and Stark dalam pelarut yang sesuai pada suhu refluks. Kompleks yang disintesis dicirikan melalui analisis unsur C, H dan Sn, kaedah spektroskopi seperti inframerah dan resonans magnet nukleus (RMN 1H, 13C). Penentuan struktur trifenilstanum(IV) suksinat, 2 menunjukkan bahawa setiap anion dikarboksilat membentuk ikatan secara monodentat kepada dua moieti trifenilstanum(lV). Geometri sekitar atom stanum menghampiri tetrahedron. Data spektroskopi semua kompleks yang terhasil hampir serupa dan secara umum boleh disimpulkan semua kompleks mempunyai struktur yang sama dengan 2.