Pendopan kimia poli(4,4' -difenilena difenilvinilena)
Poli(4,4'-difenilena difenilvinilena) telah disintesis daripada 4,4'-dibenzoilbifenil menggunakan TiCl4 dan serbuk zink masing-masing sebagai mangkin dan agen penurun di dalam THF. 4,4'-Dibenzoilbijenil telah disediakan melalui tindak balas Friedel-Crafts daripada benzoilklorida dan...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2004
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3881/ http://journalarticle.ukm.my/3881/ |
Summary: | Poli(4,4'-difenilena difenilvinilena) telah disintesis daripada 4,4'-dibenzoilbifenil menggunakan TiCl4 dan serbuk zink masing-masing sebagai mangkin dan agen penurun di dalam THF. 4,4'-Dibenzoilbijenil telah disediakan melalui tindak balas Friedel-Crafts daripada benzoilklorida dan bijenil sebagai bahan mula dan AlCl3 kontang sebagai mangkin. Analisis unsur, kromatogram GCMS, spektrum FTIR dan penentuan takat lebur menunjukkan sebatian 4,4' -dibenzoilbifenil telah berjaya diperolehi dengan ketulenan 100%. Polimer telah berjaya disintesis dengan pengumpulan semula bahan sebanyak 72%. Suhu peralihan kaca, Tg dan suhu penguraian terma, Td bagi polimer masing-masing adalah 196°C dan 465°C. Kromatografi penelapan gel menunjukkan polimer yang dihasilkan mempunyai jisim molekul purata nombor dan jisim molekul purata berat masing-masing adalah 7,400 g/mol dan 15,500 g/mol. Kekonduksian polimer asal adalah 8.3 x 10-11 Scm-1, manakala kekonduksian maksimum polimer terdop LiClO4 dan iodin masing-masing adalah 1.7 x 10-7 Scm-I (peningkatan sebanyak 2007 kali ganda) dan 5.5 x 10-9 Scm-1 (peningkatan sebanyak 66 kali ganda) dengan kandungan agen pendop optimum sebanyak 18. 75% dan 37.50%. |
---|