Sel stem dalam perkembangan darah
Sel stem juga dikenali sebagai sel induk berupaya untuk menjalani kedua-dua proses pembahagian dan pembezaan sel. Sel stem yang paling primitif iaitu sel totipoten berupaya untuk membentuk satu organisma lengkap daripada satu sel. Sel stem hemopoietik terdiri daripada dua jenis bergantung kepada per...
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2005
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3901/ http://journalarticle.ukm.my/3901/ |
Summary: | Sel stem juga dikenali sebagai sel induk berupaya untuk menjalani kedua-dua proses pembahagian dan pembezaan sel. Sel stem yang paling primitif iaitu sel totipoten berupaya untuk membentuk satu organisma lengkap daripada satu sel. Sel stem hemopoietik terdiri daripada dua jenis bergantung kepada peringkat perkembangan individu iaitu sel stem hemopoietik embrio dan dewasa. Kajian mendapati hanya 0.01-0.05% daripada keseluruhan populasi sel sumsum tulang berupaya bertindak sebagai sel stem hemopoietik. Daripada julat yang kecil ini sel stem hemopoietik wujud dalam tiga saiz yang mempunyai ciri yang berbeza. Selain daripada itu mikrosekitaran yang mempunyai molekul-molekul regulatori yang berbeza-beza juga memainkan peranan yang penting dalam pembezaan sel stem kepada sel-sel matang yang spesifik. |
---|