Eksplorasi flora dan fauna adalah ekspresi jiwa raga wanita: satu bacaan eco-feminism berdasarkan karya-karya terpilih
Salah satu cara bagaimana jiwa raga wanita dipersembahkan ialah dengan memanipulasikan alam sekitar flora dan fauna sebagai satu bentuk perwakilan [representatif] pemikiran dan emosi pengarang yang dipamerkan melalui karya. Justeru itu perbincangan esei ini akan menjurus kepada tiga objektif utama...
Main Author: | |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/3918/ http://journalarticle.ukm.my/3918/ http://journalarticle.ukm.my/3918/1/Eksplorasi_Flora_dan_Fauna_adalah_Ekspresi_Jiwa_Raga_Wanita_Satu_Bacaan_Eco-Feminism_Berdasarkan_Karya-karya_Terpilih.pdf |
Summary: | Salah satu cara bagaimana jiwa raga wanita dipersembahkan ialah dengan memanipulasikan alam sekitar flora dan fauna sebagai satu bentuk perwakilan [representatif] pemikiran dan emosi pengarang yang dipamerkan melalui karya. Justeru itu perbincangan esei ini akan menjurus kepada tiga objektif
utama iaitu (a) untuk memahami konsep eco-feminism dan kerelevanan yang terjalin antara flora dan fauna dengan konsep feminism itu sendiri, (b) untuk mengenal pasti unsur-unsur flora dan fauna yang dijalinkan oleh pengarang dalam usaha menyelami jiwa raga wanita dan (c) untuk menganalisis sekali gus membandingkan pemikiran pengarang yang disalurkan melalui flora dan fauna tentang kehidupan wanita. Untuk mengukuhkan perbincangan ini, kaedah eco-feminism sebagai satu terma yang dicipta pada tahun 1974 oleh Francoise d’ Eaubonne akan diguna pakai untuk melihat sejauh mana
keberkesanan ekspresi jiwa raga wanita dapat dihayati. Penjelasan kaedah ini menjelaskan bahawa social mentality adalah salah satu penyebab utama terjadinya domination and oppression secara tersirat dan secara tersuratnya
memperlihatkan abuse of environment. Hal ini juga secara selari membawa maksud hubungan di antara destruction of nature by humans turut memberi makna bahawa kerosakan alam itu pada hakikatnya adalah juga oppression of women by men. Untuk melengkapkan perbincangan, esei ini telah memilih
beberapa buah cerpen dan novel yang sesuai dengan objektif kajian. |
---|