Pemendakan logam karbonat I: kesan pencampuran logam

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji trend kebolehlarutan melawan pH bagi setiap logam secara individu dan juga dalam bentuk campuran dengan logam-logam lain. Melalui kajian ini, julat pH optimum bagi proses perawatan air sisa berlogam melalui pemendakan karbonat dapat ditentukan supaya proses...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Rozaimah Sheikh Abdullah, Lim , Sue Ann
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2005
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/3956/
http://journalarticle.ukm.my/3956/
Description
Summary:Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji trend kebolehlarutan melawan pH bagi setiap logam secara individu dan juga dalam bentuk campuran dengan logam-logam lain. Melalui kajian ini, julat pH optimum bagi proses perawatan air sisa berlogam melalui pemendakan karbonat dapat ditentukan supaya proses ini dapat dijalankan dengan berkesan dan mtnjimatkan. Proses pemendakan ke atas larutan air sisa sintetik dijalankan dari medium berasid ke medium beralkali dengan menggunakan agen pemendakan natrium karbonat. Alikuot sampel air sisa sintetik diambil pada setiap peningkatan nilai pH dan dituraskan bagi mengetahui kandungan logam dalam hasil turasan sampel yang dianalisa dengan menggunakan alat Spektrometer Serapan Atom (Model FlAS-100, Perkin Elmer, U.S.). Keputusan ujikaji menunjukkan bahawa medium beralkali merupakan medium yang paling sesuai untuk penyingkiran semua logam sama ada secara individu ataupun dalam bentuk campuran . Julat pH optimum untuk proses penyingkiran semua logam dolam sistem air sisa logam bercampur tidak menunjukkan perbezaan yang ketara jika dibandingkan dengan julat pH optimum untuk proses penyingkiran logam secara individu. Namun begitu, julat pH optimum untuk pemendakan kesemua logam dalam air sisa logam bercampur secara serentak adalah 8.0-11.0. Selain itu, proses penyingkiran semua logam dalam sistem logam bercampur didapati bermula pada nilai pH yang lebih rendah berbanding dengan dalam sistem logam individu.