Jati diri wanita Melayu Singapura

Dalam konteks perubahan pesat negara Singapura menuju kecemerlangan bertaraf dunia dalam pelbagai bidang, wanita Melayu telah menempa satu bentuk jati diri yang utuh dan unik meskipun terpaksa menangani pelbagai cabaran serta hambatan dalam pelbagai persoalan termasuk sosial dan ekonomi. Berbanding...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Kamsiah Abdullah
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 1996
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4144/
http://journalarticle.ukm.my/4144/
Description
Summary:Dalam konteks perubahan pesat negara Singapura menuju kecemerlangan bertaraf dunia dalam pelbagai bidang, wanita Melayu telah menempa satu bentuk jati diri yang utuh dan unik meskipun terpaksa menangani pelbagai cabaran serta hambatan dalam pelbagai persoalan termasuk sosial dan ekonomi. Berbanding dengan empat dekad yang lalu, mereka kini menjadi tiang seri utama masyarakat Melayu dan memainkan peranan yang bererti dalam sektor ekonomi negara. Faktor utama sebagai penggerak kemajuan wanita Melayu ialah perubahan persepsi dan peluang pendidikan untuk anak-anak perempuan, di samping itu terdapat juga lain-lain faktor sosioekonomi yang menjadi sebagai mangkin yang mempercepat pembentukan satu identiti wanita Melayu yang moden dan dinamik. Selain dari mengenengahkan ciri-ciri jati diri wanita Melayu Singapura, kertas kerja ini menyelitkan beberapa data perbandingan tentang corak kekeluargaan, pendidikan dan kegiatan ekonomi di antara wanita Melayu Singapura dengan kaum lelakinya. Pengenalan, kesan dan implikasi beberapa polisi pemerintah hasil dari keperihatinan tentang isu-isu berkenaan wanita di negara itu juga diulas.