Orientasi akademik: pendekatan alternatif dalam program pendidikan guru siswazah di Malaysia

Artikel ini ialah satu penelitian ke atas keberkesanan pendekatan program pendidikan guru di Malaysia dalam menghasilkan guru berkesan, khususnya di peringkat praperkhidmatan. Berdasarkan tinjauan kepustakaan mengenai pendekatan program pendidikan guru yang sedia ada, kajian ini memanfaatkan orienta...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Lilia Halim, Norlena Salamuddin
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2000
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4182/
http://journalarticle.ukm.my/4182/
Description
Summary:Artikel ini ialah satu penelitian ke atas keberkesanan pendekatan program pendidikan guru di Malaysia dalam menghasilkan guru berkesan, khususnya di peringkat praperkhidmatan. Berdasarkan tinjauan kepustakaan mengenai pendekatan program pendidikan guru yang sedia ada, kajian ini memanfaatkan orientasi konseptual pendidikan guru yang diutarakan oleh Feiman-Nemser sebagai kerangka teorinya. Dalam kelima-lima orientasi yang Feiman-Nemser kemukakan (iaitu akademik, praktikal, teknologi, peribadi dan kritikal), guru pelatih diiktiraf sebagai pemikir dan pembuat keputusan. Akan tetapi, dari segi program pendidikan guru di Malaysia, kajian ini menunjukkan bahawa program itu masih mengamalkan orientasi teknologi yang secara amnya memandang guru sebagai juruteknik. Orientasi ini menganggap guru berkesan boleh dibentuk apabila seseorang telah menguasai teknik-teknik pengajaran sedangkan untuk menjadi guru sedemikian, seseorang itu juga perlu dididik untuk menaakul secara kreatif dan kritis dalam tindak tanduknya. Di samping menghujahkan bahawa orientasi teknologi tidak sejajar dengan pandangan semasa baik dari segi mempelajari cara mengajar mahupun dari segi ciri-ciri guru berkenaan, artikel ini menganjurkan bahawa amalan dalam orientasi akademik lebih sealiran dengan kefahaman semasa tentang pengajaran, pembelajaran dan pendidikan guru.