Beberapa pendekatan dan tema dalam kajian usahawan dan keusahawanan Cina

Makalah ini bertujuan memberi ulasan kritis ke atas kajian usahawan dan keusahawanan Cina. Perbincangan dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian I memberi ulasan ke atas dua aliran pemikiran yang berbeza tentang pembangunan kapitalisme etnik Cina. Aliran pertama terdiri daripada sarjana yang mendo...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Chin, Yee Whah
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2002
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4203/
http://journalarticle.ukm.my/4203/
Description
Summary:Makalah ini bertujuan memberi ulasan kritis ke atas kajian usahawan dan keusahawanan Cina. Perbincangan dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian I memberi ulasan ke atas dua aliran pemikiran yang berbeza tentang pembangunan kapitalisme etnik Cina. Aliran pertama terdiri daripada sarjana yang mendokong hipotesis Konfusianisme sebagai pendorong pembangunan ekonomi etnik Cina. Aliran kedua terdiri daripada sarjana yang mempercayai bahawa kapitalisme etnik Cina adalah satu kapitalisme rangkaian. Bahagian II menumpu secara khusus kepada kajian berkenaan usahawan dan keusahawanan Cina di Malaysia. Tema utama tertumpu kepada hubungan etnisiti, dan bagaimana dasar kerajaan serta kuasa pasaran membawa transformasi dalam budaya korporat Cina di Malaysia. Bahagian III membahaskan kelemahan pendekatan yang digunakan dalam kajian-kajian lepas. Makalah ini berakhir dengan mencadangkan satu pendekatan yang lebih seimbang melihat bagaimana aktor (usahawan Cina) bertindak secara rasional menggunakan sumber yang sedia ada dan mengintegrasikan nilai budaya mereka dengan struktur (dasar kerajaan dan masyarakat Malaysia) yang sentiasa berubah menghasilkan satu budaya pasaran baru dan dinamik.