Potensi perdagangan luar produk berteknologi tinggi Malaysia

Walaupun tren perdagangan luar Malaysia dalam produk berteknologi tinggi menunjukkan arah aliran yang semakin meningkat, namun kajian secara terperinci mendapati wujud keraguan dari segi kandungan tingkat teknologi yang digunakan. Hal ini kerana sektor pembuatan negara masih tertumpu kepada aktiviti...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Ishak Yussof, Ahmad Mohd Zin
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2002
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4214/
http://journalarticle.ukm.my/4214/
Description
Summary:Walaupun tren perdagangan luar Malaysia dalam produk berteknologi tinggi menunjukkan arah aliran yang semakin meningkat, namun kajian secara terperinci mendapati wujud keraguan dari segi kandungan tingkat teknologi yang digunakan. Hal ini kerana sektor pembuatan negara masih tertumpu kepada aktiviti pengeluaran barang-barang komponen elektronik dan bukannya terhadap produk elektronik itu sendiri. Kalaupun produk elektronik, ia hanya melibatkan kerja-kerja pemasangan dan pembungkusan produk yang memerlukan tingkat kemahiran dan berteknologi sederhana serta mempunyai nilai ditambah yang rendah. Tambahan pula, indikator yang berkaitan dengan sains dan teknologi (S&T), penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembangunan sumber manusia dan tahap proses inovasi di Malaysia secara relatif adalah masih rendah berbanding dengan beberapa negara lain seperti Singapura dan Korea Selatan. Untuk meningkatkan keupayaan negara, maka langkah-langkah memperkukuh daya saing negara dalam produk berkenaan perlu dilakukan.