Revolusi seksual: penelitian terhadap laporan penyelidikan Alfred C. Kinsey, penginstitusian dan kesannya kepada fahaman seksualiti masyarakat barat

Kehadiran data penyelidikan saintifik yang dilakukan oleh Alfred C. Kinsey tentang seksualiti manusia ini dianggap penting lantaran kebanyakan aspek yang lahir daripada kajian ini dikatakan memberi kesan yang signifikan terhadap fahaman dan amalan seksualiti masyarakat Barat. Justeru, perubahan faha...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Mohd. Zariat Abdul Rani
Format: Article
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2002
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4215/
http://journalarticle.ukm.my/4215/
Description
Summary:Kehadiran data penyelidikan saintifik yang dilakukan oleh Alfred C. Kinsey tentang seksualiti manusia ini dianggap penting lantaran kebanyakan aspek yang lahir daripada kajian ini dikatakan memberi kesan yang signifikan terhadap fahaman dan amalan seksualiti masyarakat Barat. Justeru, perubahan fahaman dan amalan seksualiti Barat daripada yang bersifat konservatif kepada yang bercorak permisif ini turut ditanggapi oleh beberapa pihak sebagai satu hasil yang lahir daripada proses bikinan sosial. Hakikat ini juga banyak mengambil kira proses penginstitusian yang rata-rata dilakukan oleh beberapa buah organisasi sosial dan akademik dalam usaha memperagakan fahaman serta amalan seksualiti baru bagi masyarakat Barat yang permisif. Bertolak daripada kesignifikanan data saintifik tentang perlakuan manusia yang diterbitkan oleh Kinsey ini, makalah ini akan meneliti proses penginstitusian yang dikatakan dilakukan terhadap data-data tersebut serta mengamati kesannya terhadap fahaman seksualiti Barat.