Pendidikan sastera perpaduan menerusi KOMSAS Tingkatan 4: pelaksanaan dan kesannya

Dasar Pendidikan Kebangsaan di negara kita menitikberatkan perpaduan nasional memandangkan Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Sehubungan itu, Kesusasteraan Melayu telah dikenal pasti sebagai mekanisme yang berkesan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia. Oleh itu, KOMSAS telah diperkenal da...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Chew, Fong Peng
Format: Article
Language:English
Published: penerbit ukm 2009
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4250/
http://journalarticle.ukm.my/4250/
http://journalarticle.ukm.my/4250/1/sastera_perpaduan.pdf
Description
Summary:Dasar Pendidikan Kebangsaan di negara kita menitikberatkan perpaduan nasional memandangkan Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Sehubungan itu, Kesusasteraan Melayu telah dikenal pasti sebagai mekanisme yang berkesan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia. Oleh itu, KOMSAS telah diperkenal dan dilaksanakan dalam pengajaran Bahasa Melayu sejak tahun 2000. Dengan mengaplikasikan Teori Weiner (1965) dalam kerangka pendidikan, kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan pendidikan sastera perpaduan dan kesannya. Soal selidik digunakan sebagai alat kajian untuk mengutip data daripada 60 orang pelajar Tingkatan 4 yang terdiri daripada pelbagai etnik, keagamaan dan aliran bidang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa buku teks KOMSAS tidak mencerminkan realiti masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Guru-guru bahasa jarang menerapkan elemen perpaduan kaum sama ada di dalam mahupun luar kelas, manakala para pelajar tidak berminat dalam pembelajaran KOMSAS yang didapati berpusatkan orang Melayu. Selain itu, mereka juga jarang bergaul dengan sahabat kaum lain. Oleh itu, Biro Buku Teks, guru-guru dan pelajarpelajar harus mengamalkan sikap positif dan komitmen yang tinggi untuk melahirkan bangsa Malaysia yang bersatu padu.