Pembingkaian isu pendidikan di Malaysia oleh sumber berita dan akhbar Cina

Perkembangan sistem pendidikan merupakan penanda kepada pembangunan negara dan pada masa yang sama, ia juga bergerak seiring dengan isu perpaduan negara ini. Cabaran utama yang dihadapi oleh Malaysia dalam perjalanannya menjadi sebuah negara maju, merupakan penentuan bahasa yang wajar digunakan...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Kho, Suet Nie, Chew, Chee Khiang, Tan, Joon Ling, Chang, Peng Kee
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysian 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4317/
http://journalarticle.ukm.my/4317/
http://journalarticle.ukm.my/4317/1/V24_2.pdf
Description
Summary:Perkembangan sistem pendidikan merupakan penanda kepada pembangunan negara dan pada masa yang sama, ia juga bergerak seiring dengan isu perpaduan negara ini. Cabaran utama yang dihadapi oleh Malaysia dalam perjalanannya menjadi sebuah negara maju, merupakan penentuan bahasa yang wajar digunakan di dalam sistem pendidikan negara ini. Imbangan di antara memartabatkan bahasa kebangsaan, kepada pengukuhan bahasa global dan juga pengekalan bahasa ibunda unik setiap kaum di negara ini bukanlah mudah. Polisi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris pada semua peringkat sekolah rendah pada 2003, mendapat bantahan yang kuat daripada masyarakat Cina. Kerajaan Malaysia akhirnya menerima cadangan untuk mengajar kedua-dua subjek ini dalam dua bahasa di sekolah jenis kebangsaan Cina. Kajian ini melakukan refleksi kepada laporan empat akhbar Cina pada ketika itu untuk memahami pembingkaian yang digunakan oleh akhbar-akhbar tersebut dalam melaporkan isu pendidikan negara. Kedua-dua media dan juga sumber berita juga memainkan peranan di dalam pembingkaian isu pendidikan. Berpaksikan lima bingkai generik Semetko & Valkenburg (2000) iaitu bingkai tanggungjawab, bingkai konflik, bingkai moral, bingkai akibat ekonomi dan bingkai kemanusiaan, kajian ini melakukan analisis kandungan kuantiatif terhadap empat akhbar utama tempatan Cina di Malaysia. Sebanyak 157 berita diperolehi dengan 1,218 unit analisis. Kajian mendapati bahawa parti kerajaan cuba mempromosikan bingkai tanggungjawab, sementara editorial mementingkan bingkai minat manusia dan pihak pembangkang melihat bingkai moral.