Keberkesanan proses pembelajaran menggunakan teknologi sidang video(The effectiveness of learning process using video conferencing technology)

Kajian ini bertujuan untuk melihat sama ada proses pembelajaran berlaku atau sebaliknya apabila pelajar menghadiri sesi sidang video. Soal selidik digunakan untuk memperoleh data dan seramai 226 responden menjawab borang soal selidik yang dihantar kepada mereka. Data telah dikumpul dan dianalisis...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Siti Hajar Halili, Shukri Sulaiman, Mohd Razha Abd. Rashid
Format: Article
Language:English
Published: penerbit ukm 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4367/
http://journalarticle.ukm.my/4367/
http://journalarticle.ukm.my/4367/1/JP36%281%29%2520Chap%25206new.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk melihat sama ada proses pembelajaran berlaku atau sebaliknya apabila pelajar menghadiri sesi sidang video. Soal selidik digunakan untuk memperoleh data dan seramai 226 responden menjawab borang soal selidik yang dihantar kepada mereka. Data telah dikumpul dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan ANOVA sehala. Penyelidik menggunakan model proses pembelajaran Gagne yang terdiri daripada sembilan fasa seperti motivasi, perhatian, jangkaan, perolehan ingatan kembali, pemilihan persepsi, mengekod dan penyimpanan jangka panjang, gerak balas/prestasi, maklum balas dan peneguhan serta generalisasi pembelajaran. Dapatan kajian mendapati bahawa kebanyakan pelajar bersetuju bahawa proses pembelajaran berlaku semasa menghadiri sesi sidang video dan fasa motivasi merupakan fasa yang paling penting terhadap penggunaan teknologi sidang video dalam proses pembelajaran pelajar. Berdasarkan data yang diperoleh dan dianalisis, beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan penggunaan media teknologi sidang video agar lebih berkesan dan efisien dalam usaha membantu memudahkan proses pembelajaran.