Persepsi terhadap pengukuran hubungan organisasi - publik: Perspektif pelajar komunikasi dan media Universiti Penyelidikan di Malaysia.
Setiap graduan perlulah dilengkapi kualiti dan kemahiran insaniah yang tinggi bagi bersaing dalam pasaran pekerjaan yang sangat mencabar pada masa kini berbanding dengan masa dahulu. begitu juga dengan setiap universiti universiti di Malaysia, khususnya universiti penyelidikan seperti UKM, USM,UM,UT...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Pusat Perkembangan Pelajar,U.K.M
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/4521/ http://journalarticle.ukm.my/4521/ http://journalarticle.ukm.my/4521/1/9-Norhayati_Basri_et_al.pdf |
Summary: | Setiap graduan perlulah dilengkapi kualiti dan kemahiran insaniah yang tinggi bagi bersaing dalam pasaran pekerjaan yang sangat mencabar pada masa kini berbanding dengan masa dahulu. begitu juga dengan setiap universiti universiti di Malaysia, khususnya universiti penyelidikan seperti UKM, USM,UM,UTM dan UPM yang bersaing dalam peringkat global supaya institusi pendidikan di Malaysia mendapat pengiktirafan sewajarnya.Dengan mengambil kira cabaran-cabaran yang dihadapi oleh universiti penyelidikan Malaysia, kajian ini melihat sejauhmana tahap pemahaman pelajar pra-siswazah program komunikasi mempersepsikan hubungan yang terjalin antara mereka dengan universiti masing-masing serta meneliti faktor penentu persepsi mereka terhadap hubungan tersebut berdasarkan skala perhubungan awam ( Hon & Grunig 1999 ). Seramai 165 pelajar pra-siswazah telah memberi maklumbalas terhadap soal selidik dalam talian yang telah diedarkan melalui e-mail pelajar. Dengan menggunakan analisis regresi pelbagai kaedah stepwise, dapatan kajian menunjukkan dimensi kepercayaan memberikan kesan signifikan terhadap hubungan perkongsian dan hubungan pertukaran yang terbentuk. Sementara dimensi komitmen menjadi faktor penyumbang kepada persepsi hubungan perkongsian dan dimensi kawalan bersama pula menjadi faktor penentu kepada hubungan pertukaran. Daripada hasil kajian ini diharap pihak universiti dapat mengenal pasti persepsi pelajar masing-masing dan seterusnya membantu mengembangkan lagi imej universiti dalam membina hubungan dengan pelajarnya. |
---|