Persepsi politik dan kepimpinan di kawasan Parlimen (P152) Kluang, Johor (Political perceptions and leadership in the Parliament (P152) Kluang, Johor)

Kluang merupakan kawasan bandar yang mengalami proses perbandaran yang pesat dengan aktiviti ekonomi dan aktiviti penduduknya. Kepesatan dan kemajuan ekonomi di Kluang telah mempengaruhi persepsi pengundi terhadap politik dan kepimpinan setempat dan negara. Dalam aspek pendapat politik, 95.0 perat...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mohd Fuad Mat Jali, Junaidi Awang Besar
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4630/
http://journalarticle.ukm.my/4630/
http://journalarticle.ukm.my/4630/1/3_geografia-APR%25202012-fuad%2520dkk-ukm-melayu-kat1.pdf
Description
Summary:Kluang merupakan kawasan bandar yang mengalami proses perbandaran yang pesat dengan aktiviti ekonomi dan aktiviti penduduknya. Kepesatan dan kemajuan ekonomi di Kluang telah mempengaruhi persepsi pengundi terhadap politik dan kepimpinan setempat dan negara. Dalam aspek pendapat politik, 95.0 peratus di kalangan responden menyokong program Kerajaan dalam memantapkan agenda pembangunan negara dan 83.2 peratus menyatakan gagasan “1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” disokong dan dihayati oleh responden. Dari aspek pengurusan awam pula, 86.3 peratus responden menyatakan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) untuk wakil rakyat dan Menteri adalah baik dan mempengaruhi sokongan rakyat terhadap Kerajaan dan polisi/pembaharuan yang dilakukan oleh kepimpinan Perdana Menteri dalam menerajui pembangunan negara terus mendapat sokongan rakyat (80.2 peratus). Parti politik yang akan diundi pada pilihan raya umum akan datang ialah BN (60.8 peratus) dan DAP (39.2 peratus). Justeru, artikel ini akan merungkai pandangan politik dan kepemimpinan di kawasan kajian.