Persepsi guru terhadap penggunaan kartun dalam tranformasi pengajaran penulisan karangan bahasa melayu

Penggunaan kartun sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan Bahasa Melayu mampu mewujudkan suasana yang seronok dan boleh mempengaruhi emosi murid. Justeru, guru yang mampu menjadikan proses pengajaran berkesan ialah guru yang cemerlang. Hal ini selari dengan tema Hari Guru 2011,...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Abdul Rasid Jamian, Shamsudin Othman, Humaizah Hashim
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4645/
http://journalarticle.ukm.my/4645/
http://journalarticle.ukm.my/4645/1/129-140%2520Abd%2520Rashid%2520et%2520al.pdf
Description
Summary:Penggunaan kartun sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan Bahasa Melayu mampu mewujudkan suasana yang seronok dan boleh mempengaruhi emosi murid. Justeru, guru yang mampu menjadikan proses pengajaran berkesan ialah guru yang cemerlang. Hal ini selari dengan tema Hari Guru 2011, iaitu ‘Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara’. Kajian yang dijalankan ini bertepatan dengan transformasi pengajaran yang melibatkan bahan bantu mengajar penulisan karangan. Kajian ini melibatkan persepsi 56 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di daerah Sepang, Selangor. Dapatan kajian menunjukkan bahawa jenis kartun yang kerap digunakan dalam pengajaran penulisan karangan ialah animasi, iaitu 62.5 peratus, komik bersiri 60.7 peratus, dan gag 51.0 peratus. Manakala strategi yang paling tinggi, iaitu murid diminta membina beberapa ayat berdasarkan bahan gambar kartun memperoleh min 2.51 (SP= 0.83). Murid juga diminta untuk menyebut beberapa perkataan berdasarkan bahan gambar kartun, iaitu min 2.39 (SP= 0.80). Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan bahan kartun masih lagi tidak popular dalam kalangan guru yang mengajar penulisan karangan sekolah rendah di daerah Sepang.