Kajian perbandingan teknik kawalan SPWM dan THIPWM untuk PWM-VSI menggunakan pemodelan matematik dan simulasi
Makalah ini membincangkan tentang kajian perbandingan antara dua teknik kawalan pemodulat lebar denyut (PWM) iaitu PWM gelombang sinus( SPWM)dan PWM suntikan harmonik ketiga (THIPWM)untuk memacu sistem litar penyongsang sumber voltan (VSI) satu fasa berdasarkan kepada pemodelan matematik dan simulas...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Published: |
Fakulti Kejuruteraan ,UKM,Bangi.
2011
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/4719/ http://journalarticle.ukm.my/4719/ |
Summary: | Makalah ini membincangkan tentang kajian perbandingan antara dua teknik kawalan pemodulat lebar denyut (PWM) iaitu PWM gelombang sinus( SPWM)dan PWM suntikan harmonik ketiga (THIPWM)untuk memacu sistem litar penyongsang sumber voltan (VSI) satu fasa berdasarkan kepada pemodelan matematik dan simulasi komputer menggunakan perisian matlab simulink. Model matematik dinamik litar penyongsang PWM direka bentuk berasaskan kepada konsep fungsi pensuisan dipermudah. Sehubungan dengan itu kaedah janaan get, amplitud voltan keluaran fundamental, magnitud arus keluaran, kuasa keluaran, kecekapan saiz penuras harmonik dan kandungan jumlah herotan harmonik (THD) dalamvoltan keluaran penyongsang PWM-VSI dipilih sebagai parameter perbandingan. Hasil keputusan menunjukkan kajian perbandingan reka bentuk model matematik penyongsang PWM-VSI menggunkan tenik kawalan SPWM dan THIPWM telah berjaya dilaksanakan dan ditentusahkan melalui simulasi komputer. |
---|