Model penyelakuan berangkap dipermudah untuk penyongsang PWM-VSI satu fasa menggunakan konsep rangkap pensuisan

Kertas ini mencadang satu model penyelakuan berangkap dipermudah bagi penyongsang sumber voltan-pemodulatan lebar denyut (PWM-VSI) satu fasa menggunakan konsep rangkap pensuisan yang berasaskan pelaksanaan model sebenar menggunakan perisian matlab simulink. Melalui model berangkap yang dibangunkan i...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Yushaizad Yusof, Nasrudin Abd. Rahim
Format: Article
Published: Fakulti Kejuruteraan ,UKM,Bangi. 2011
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4725/
http://journalarticle.ukm.my/4725/
Description
Summary:Kertas ini mencadang satu model penyelakuan berangkap dipermudah bagi penyongsang sumber voltan-pemodulatan lebar denyut (PWM-VSI) satu fasa menggunakan konsep rangkap pensuisan yang berasaskan pelaksanaan model sebenar menggunakan perisian matlab simulink. Melalui model berangkap yang dibangunkan ini, sebuah model litar penyongsang voltan titi satu fasa dapat dipermudahkan supaya masalah penumpuan dan masa larian yang panjang dalam proses pengiraan komputer boleh diatasi. Rangkap pensuisan secara am diulas dengan ringkas, rekabentuk model berangkap PWM-VSI satu fasa dan pelaksanaannya menggunakan matlab simulink diterang dengan terperinci. Menerusi penyelakuan model berangkap ini, voltan dan arus keluaran penyongsang didapati dan jumlah herotan harmonik (THD) bagi arus keluaran dikira menggunakan teknik penjelmaan faurier pantas (FFT) akhir sekali beberapa maklumat daripada keputusan penyelakuan menentusahkan kesahihan model berangkap dipermudah yang direkabentuk.