Nilai setia dari perspektif prosodi semantik: Analisis berbantu data korpus
Hal berkaitan bahasa timbul daripada pengalaman hidup yang ditapis dan diproses oleh kognisi manusia hasil daripada pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh manusia itu sendiri sepanjang masa (experientialist approach). Berbekalkan prinsip tersebut, maka lahirlah pendekatan prosodi semantik yang s...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Penerbit UKM
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/4909/ http://journalarticle.ukm.my/4909/ http://journalarticle.ukm.my/4909/1/pp%2520359_374.pdf |
Summary: | Hal berkaitan bahasa timbul daripada pengalaman hidup yang ditapis dan diproses oleh
kognisi manusia hasil daripada pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh manusia itu
sendiri sepanjang masa (experientialist approach). Berbekalkan prinsip tersebut, maka
lahirlah pendekatan prosodi semantik yang secara khususnya diaplikasikan untuk
meneliti fenomena kepenggunaan sesuatu leksis yang kerap digunakan oleh pengguna
bahasa. Berdasarkan perspektif prosodi semantik, kajian ini cuba merungkai persoalan
berhubung nilai bagi leksis setia (leksis dari kelas semantik nilai) yang dikatakan
mengalami masalah konflik nilai linguistik (dalam menentukan setia bernilai positif atau
negatif). Sebagai bukti, dari sudut nilai sosial, setia sering kali dinobatkan sebagai antara
nilai yang tinggi dalam pembentukan sesebuah negara bangsa yang unggul. Sebagai
contoh, nilai setia telah diangkat menjadi prinsip Rukun Negara yang kedua (Kesetiaan
kepada Raja dan Negara). Terkini, gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana
Menteri Malaysia keenam, turut menggariskan nilai setia sebagai komponen penting bagi
menjayakan gagasan ini. Namun ironinya, kajian-kajian terdahulu (khususnya kajian
sosiologi dan antropologi), menyifatkan nilai setia sebagai nilai yang negatif kerana
pemupukan nilai setia dikatakan menjadi punca pengekalan unsur-unsur feudalisme
dalam kalangan rakyat Malaysia. Perkaitan antara nilai sosial dan nilai linguistik inilah
yang telah menimbulkan konflik nilai berkaitan nilai setia. Berbantukan data korpus
(subkorpus data akhbar, buku dan majalah), analisis terhadap nilai leksis setia berjaya
membuktikan bahawa, dari sudut nilai linguistik, setia adalah leksis dalam kelas semantik
nilai yang bersifat ameliorisasi, iaitu leksis yang mengalami perkembangan makna yang
baik, positif dan menyenangkan hasil kolokasi leksis tersebut dengan kumpulan leksis
yang juga turut boleh diklasifikasikan dalam kumpulan leksis yang mengalami
perkembangan makna yang baik, positif dan menyenangkan. |
---|