Wanita sebagai objek seks: penanganannya dalam novel bila hujan malam

Makalah ini menganalisis novel Bila hujan malam hasil Azizi Haji Abdullah untuk menentukan kesahihan dakwaan pengkritik tentang tingginya mutu novel berkenaan. Makalah ini menggunakan gagasan Persuratan Baru cetusan Mohd. Affandi Hassan (1992), dengan memberi perhatian kepada taklif atau pertangg...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Ungku Maimunah Mohd. Tahir
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4930/
http://journalarticle.ukm.my/4930/
http://journalarticle.ukm.my/4930/1/pp%2520539_553.pdf
Description
Summary:Makalah ini menganalisis novel Bila hujan malam hasil Azizi Haji Abdullah untuk menentukan kesahihan dakwaan pengkritik tentang tingginya mutu novel berkenaan. Makalah ini menggunakan gagasan Persuratan Baru cetusan Mohd. Affandi Hassan (1992), dengan memberi perhatian kepada taklif atau pertanggungjawaban dan akauntabiliti kepada Ilahi sebagai teras gagasan tersebut, di samping perbezaan penting antara ‘ilmu/wacana’ dan ‘cerita’ yang menjadi penekanannya. Makalah ini menyerlahkan “wanita sebagai objek seks” sebagai persepsi utama novel ini, yang diterapkan melalui empat strategi penceritaan. Strategi tersebut ialah menggunakan aspek tertentu teknik ‘asal mula yang tidak dijelaskan’, menjadikan perkosaan yang di luar kuasa dan kesedaran wanita sebagai satu-satunya jenis hubungan seks yang ada, menyediakan konteks kondusif bagi perkosaan dan sanggama, dan meniadakan peranan lain bagi wanita selain sebagai objek seks. Makalah ini menyanggah dakwaan bermutunya Bila hujan malam atas dasar novel tersebut mengangkat kejahatan sebagai pengucapan seni yang wajar, di samping menjadikan wacana tidak relevan dalam penstrukturannya. Dengan berbuat demikian, novel sekali gus menjadikan Bila hujan malam karya yang berlegar semata-mata di tahap cerita dan membikin-cerita. Justeru, makalah ini menyimpulkan bahawa novel Bila hujan malam tidak lebih daripada sebuah karya picisan yang kontang dari segi isian intelektual dan mutu seni.