Keberkesanan penggunaan perisian asas membaca

Penyelidikan penggunaan perisian atau komputer dalam pembelajaran membaca bertujuan untuk mengetahui keberkesanan proses pengenalan bunyi dan kata yang dikaitkan dengan gambar animasi. Penyelidikan yang menggunakan kaedah eksperimen kuasi ini dilakukan terhadap 86 orang murid darjah 1 Sekolah Ren...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Auzar
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4935/
http://journalarticle.ukm.my/4935/
http://journalarticle.ukm.my/4935/1/pp%2520629_644.pdf
Description
Summary:Penyelidikan penggunaan perisian atau komputer dalam pembelajaran membaca bertujuan untuk mengetahui keberkesanan proses pengenalan bunyi dan kata yang dikaitkan dengan gambar animasi. Penyelidikan yang menggunakan kaedah eksperimen kuasi ini dilakukan terhadap 86 orang murid darjah 1 Sekolah Rendah Nombor 021, Pekanbaru yang terbahagi kepada kumpulan eksperimen sebanyak 42 orang dan kumpulan kawalan sebanyak 44 orang. Penetapan murid sebagai sampel penyelidikan dilakukan secara rawak. Metodologi pembangunan perisian pembelajaran membaca ini merujuk kepada model ADDIE. Perisian dinilai daripada segi aspek rekabentuk (design), pedagogi, isi (content), dan aspek teknikal (technical) sebelum digunakan dalam pembelajaran membaca. Penyelidikan ini menggunakan satu set soalan asas membaca sebagai instrumen mengumpul data untuk mengukur keberkesanan penggunaan perisian Pembelajaran Berbantukan Komputer Asas Membaca. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan komputer dalam pembelajaran membaca menunjukkan keberkesanan yang signifikan berbanding dengan pembelajaran membaca secara tradisional. Penggunaan perisian dalam pembelajaran membaca juga berjaya meningkatkan kemahiran membaca murid-murid secara signifikan. Dapatan kajian ini juga mempunyai implikasi kepada murid-murid, guru dan strategi pembelajaran membaca.