Pengaruh bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam strategi penukaran kod bahasa Perancis

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengaruh bahasa Melayu (BM) dan bahasa Inggeris (BI) dalam strategi penukaran kod yang digunakan oleh pelajar Melayu yang mengambil mata pelajaran bahasa Perancis sebagai bahasa asing. Seramai lima puluh responden terlibat dalam kajian ini. Responden dimint...

Full description

Bibliographic Details
Main Author: Hazlina Abdul Halim
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/4938/
http://journalarticle.ukm.my/4938/
http://journalarticle.ukm.my/4938/1/pp%2520693_709.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengaruh bahasa Melayu (BM) dan bahasa Inggeris (BI) dalam strategi penukaran kod yang digunakan oleh pelajar Melayu yang mengambil mata pelajaran bahasa Perancis sebagai bahasa asing. Seramai lima puluh responden terlibat dalam kajian ini. Responden diminta melakukan satu aktiviti penulisan. Kajian ini menggunakan kaedah penganalisisan kualitatif dan kuantitatif berdasarkan kerangka definisi dan pengkelasan penukaran kod oleh Zentella (1997). Hasil kajian ini mendapati bahasa Melayu lebih banyak digunakan oleh responden dalam penukaran kod ke bahasa Perancis. Responden juga didapati menggunakan strategi penukaran kod sebagai penunjang, penghubung dan pengganti perkataan dan frasa yang tidak boleh diterjemahkan ke bahasa Perancis. Kajian ini juga mendapati strategi penukaran kod yang bersifat penunjangan adalah strategi yang paling banyak digunakan. Penukaran kod yang dilakukan juga melibatkan kata nama, adjektif, kata hubung dan kata ganti nama diri.