Kecerdasan sosial dan emosi guru cemerlang pendidikan Islam dalam meningkatkan prestasi pelajar
Tujuan utama artikel ini disediakan untuk meneroka kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial guru cemerlang pendidikan Islam dalam meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah pelajar. Metodologi kualitatif telah dipilih sebagai pendekatan kajian. Temu bual mendalam telah dikendalikan dengan 12 guru ceme...
Main Authors: | , , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Journal of Faculty of Social Sciences and Humanities. Universiti Kebangsaan Malaysia
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5016/ http://journalarticle.ukm.my/5016/ http://journalarticle.ukm.my/5016/1/khadijah012.pdf |
Summary: | Tujuan utama artikel ini disediakan untuk meneroka kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial guru cemerlang pendidikan Islam dalam meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah pelajar. Metodologi kualitatif telah dipilih sebagai pendekatan kajian. Temu bual mendalam telah dikendalikan dengan 12 guru cemerlang yang mengajar pendidikan Islam. Kajian ini telah dijalankan di kawasan bandar dan luar bandar, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak. Penemuan hasil kajian mendapati bahawa guru cemerlang pendidikan Islam memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah para pelajar. Cabaran utama guru pendidikan Islam ialah motivasi pelajar melalui sentuhan rohani dan emosi. Kreativiti guru dan keperibadian guru cemerlang memainkan peranan besar dalam meningkatkan kecemerlangan prestasi akademik pelajar. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa prestasi akademik dan sahsiah pelajar dapat ditingkatkan melalui pendidikan Islam. Guru pendidikan Islam perlu menekankan kemahiran kecerdasan emosi dan sosial supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lebih berkesan, lancar dan dapat menarik minat pelajar serta meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah pelajar. |
---|