Penjanaan soalan formatif dalam sistem pembelajaran penguasaan secara latih tubi di persekitaran web

Kertas kerja ini memfokuskan kepada pendekatan penjanaan secara rawak terpilih bagi item-item soalan formatif dalam sistem pembelajaran latih tubi. Item-item soalan dikategorikan mengikut enam aras keupayaan kognitif taksonomi Bloom. Pendekatan ini memastikan item-item soalan yang dikemukakan kepa...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Norazah Yusof, Abdul Razak Hamdan, Abdul Hamid Nasir
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2007
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5044/
http://journalarticle.ukm.my/5044/
http://journalarticle.ukm.my/5044/1/2.pdf
Description
Summary:Kertas kerja ini memfokuskan kepada pendekatan penjanaan secara rawak terpilih bagi item-item soalan formatif dalam sistem pembelajaran latih tubi. Item-item soalan dikategorikan mengikut enam aras keupayaan kognitif taksonomi Bloom. Pendekatan ini memastikan item-item soalan yang dikemukakan kepada pelajar adalah berpadanan dengan status terkini prestasi pembelajaran pelajar, sama ada Belum Menguasai, Sederhana Menguasai, atau Telah Menguasai. Kertas kerja ini juga membincangkan mengenai metod baris gilir prestasi berselang boleh ubah dalam melaksanakan strategi latih tubi, yang memberi peluang kepada pelajar untuk mencuba semula item soalan yang dijawab salah. Menerusi metod ini sistem pembelajaran latih tubi dapat memastikan pelajar benar-benar telah dapat menguasai unit pelajaran tersebut atau sebaliknya. Penjanaan soalan-soalan formatif secara rawak terpilih dalam kajian ini didapati berjaya mengemukakan item-item soalan yang berpadanan dengan status pembelajaran pelajar, manakala pendekatan baris gilir berselang boleh ubah dengan efektif berupaya menyusun item-item soalan yang dijawab salah oleh pelajar.