Perspektif Guru j-Qaf terhadap Islam hadhari: kajian di Sekolah - sekolah Kebangsaan Daerah Hulu Langat, Selangor
Dimensi pendidikan memainkan peranan penting dalam menghasilkan modal insan berkualiti yang akan mengisi misi Islam Hadhari. Perspektif yang pelbagai dalam kalangan masyarakat terhadap Islam Hadhari merupakan sebahagian dari cabaran pendekatan pembangunan ketamadunan ini untuk berfungsi dalam st...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5328/ http://journalarticle.ukm.my/5328/ http://journalarticle.ukm.my/5328/1/makalah-v4n1-n1.pdf |
Summary: | Dimensi pendidikan memainkan peranan penting dalam menghasilkan modal
insan berkualiti yang akan mengisi misi Islam Hadhari. Perspektif yang pelbagai
dalam kalangan masyarakat terhadap Islam Hadhari merupakan sebahagian
dari cabaran pendekatan pembangunan ketamadunan ini untuk berfungsi
dalam strategi pendidikan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis perspektif
guru-guru Pendidikan Islam j-QAF Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan
Islam Hadhari dari sudut konsepnya dan strategi mereka menyisipkan Konsep
Islam Hadhari dalam perlaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam Berasaskan
Pendekatan Islam Hadhari dalam amalan bilik darjah. Kajian ini dijalankan
dengan menggunakan kajian dokumen, temubual dan soal selidik. Responden
dalam kajian terdiri daripada 81 orang guru j-QAF di sekolah kebangsaan
terpilih Daerah Hulu Langat, Selangor. Hasil kajian menunjukkan guru j-QAF
mempunyai perspektif yang sederhana terhadap konsep Islam Hadhari; dan
perspektif yang sederhana juga ditunjukkan pada Panduan Perlaksanaan
Kurikulum Pendidikan Islam berasaskan pendekatan Islam Hadhari.
Bagaimanapun, perspektif mereka tinggi terhadap kebolehupayaan mereka
menyisipkan konsep Islam Hadhari di dalam pengajaran dan pembelajaran.
Sekalipun begitu, perspektif mereka terhadap respons murid sewaktu konsep
Islam Hadhari disisipkan di dalam pengajaran dan pembelajaran adalah ditahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan guru j-QAF mempunyai
jangkaan yang tinggi terhadap keberkesanan Kurikulum Pendidikan Islam
berasaskan pendekatan Islam Hadhari. |
---|