Pembasmian kemiskinan di Malaysia: Keperluan kemahiran pekerja komuniti .
Kerja komuniti merupakan salah satu cabang praktis kerja sosial yang bertujuan untuk membantu memperkasa komuniti khususnya dalam program pembasmian kemiskinan. Dalam kerja komuniti, pekerja komuniti membantu komuniti merancang, menentukan keperluan dan melaksanakan tindakan secara kolektif. Untuk...
Main Authors: | , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Universiti Kebangsaan Malaysia
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5357/ http://journalarticle.ukm.my/5357/ http://journalarticle.ukm.my/5357/1/Akademika82%281%29%2520Bab%25209-L.pdf |
Summary: | Kerja komuniti merupakan salah satu cabang praktis kerja sosial yang bertujuan untuk membantu memperkasa
komuniti khususnya dalam program pembasmian kemiskinan. Dalam kerja komuniti, pekerja komuniti membantu
komuniti merancang, menentukan keperluan dan melaksanakan tindakan secara kolektif. Untuk memberi perkhidmatan
berkualiti kepada komuniti, pekerja komuniti memerlukan pelbagai kemahiran. Kajian ini ialah mengenai kemahiran
pegawai pembangunan (pekerja komuniti) Amanah Ikhtiar Malaysia. Ia dijalankan dengan cara menyoal peserta
Skim Pinjaman Ikhtiar Nelayan yang terlibat di dalam program itu. Kajian ini cuba menjawab tiga persoalan iaitu:
mengenal pasti kemahiran kerja komuniti; mengenal pasti hubungan kemahiran kerja komuniti dengan pembasmian
kemiskinan dan mengena pasti hubungan antara kemahiran kerja komuniti dengan keberkesanan pembasmian
kemiskinan dengan menggunakan strategi penyelidikan induktif. Kajian ini menggunakan soal selidik mengandungi
78 item yang dibina sendiri oleh pengkaji untuk mengukur 8 variabel iaitu: kemahiran mewujudkan sistem jaringan,
kemahiran mendengar dan berbincang, kemahiran mengendali peserta, kemahiran mengurus kerja, kemahiran
menyedia sumber, kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran memimpin. Hasil
kajian menunjukkan bahawa pekerja komuniti mempunyai kemahiran di dalam aspek mendengar dan berbincang,
mengendali peserta dan mengurus kerja tetapi kurang mahir dalam aspek-aspek lain. Bagi analisis korelasi pula,
kemahiran mewujudkan sistem jaringan, kemahiran mendengar dan berbincang, kemahiran mengurus kerja,
kemahiran menyedia sumber, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran menyelesaikan masalah berkorelasi kuat
dengan keberkesanan pembasmian kemiskinan manakala kemahiran mengendali peserta dan kemahiran memimpin
berkorelasi sederhana. Sementara itu kemahiran mengurus kerja memberikan pengaruh yang paling kuat ke atas
kejayaan pembasmian kemiskinan. |
---|