Miskonsepsi terhadap topik ism al-'Adad wa al-ma'dud dalam pembelajaran bahasa Arab

sm Al-'Adad Wa Al-Ma'dud merupakan satu topik yang unik dan menarik. Keunikan topik ini dilihat kepada konsepnya yang sangat berbeza dengan topik-topik nahu yang lain. Ism Al-cAdad Wa Al-Macdud juga dikatakan suatu topik yang paling sukar untuk disampaikan kepada pelajar. Ism Al-cAdad...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nurul Hudaa Hassan, Nik Mohd Rahimi Nik Yusof, Kamarulzaman Abdul Ghani, Ashraf Ismail
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Educastion , UKM, Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5391/
http://journalarticle.ukm.my/5391/
http://journalarticle.ukm.my/5391/1/38_0.pdf
Description
Summary:sm Al-'Adad Wa Al-Ma'dud merupakan satu topik yang unik dan menarik. Keunikan topik ini dilihat kepada konsepnya yang sangat berbeza dengan topik-topik nahu yang lain. Ism Al-cAdad Wa Al-Macdud juga dikatakan suatu topik yang paling sukar untuk disampaikan kepada pelajar. Ism Al-cAdad Wa Al-Macdud juga sering menjadi perbincangan dan isu dalam kalangan pendidik bahasa Arab di pelbagai institusi pendidikan. Dalam proses pembelajaran, pelajar pula sering melakukan kesilapan kerana salah memahami konsep Ism Al-cAdad Wa Al-Macdud serta operasinya. Sekalipun topik ini dianggap sukar dan mengelirukan namun ia merupakan asas bahasa yang sangat penting dalam Bahasa Arab. Pendidik bahasa Arab daripada pelbagai peringkat institusi pengajian yang terlibat dalam pengajaran topik Ism Al-cAdad Wa Al-Macdud ini perlu mengenal pasti apakah miskonsepsi yang berlaku dalam proses pembelajaran. Mereka juga perlu mencari teknik atau kaedah bagaimana untuk mempermudahkan pengajaran topik tersebut sehingga pelajar dapat menerima dan memahaminya dengan mudah. Oleh itu, persoalan yang menjadi fokus dalam perbincangan ini ialah konsep dan operasi Ism Al-cAdad Wa Al-Macdud dan miskonsepsi yang berlaku apabila mempelajari topik Ism Al-cAdad Wa Al-Macdud dalam kalangan pelajar.