Pengesahan instrumen kemahiran generik: analisis faktor pengesahan (Generic skills instrument validation: confirmatory factor analysis)

Kajian ini dilakukan bagi mengesahkan instrumen untuk mengukur kemahiran generik dalam kalangan pelajar kejuruteraan. Seramai 527 responden daripada pelajar kejuruteraan terlibat dalam kajian ini. Terdapat sepuluh komponen untuk mengukur kemahiran generik, iaitu mengumpul dan menganalisis maklumat,...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Seri Bunian Mokhtar, Saemah Rahman, Mohd Yusof Husain
Format: Article
Published: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5464/
http://journalarticle.ukm.my/5464/
Description
Summary:Kajian ini dilakukan bagi mengesahkan instrumen untuk mengukur kemahiran generik dalam kalangan pelajar kejuruteraan. Seramai 527 responden daripada pelajar kejuruteraan terlibat dalam kajian ini. Terdapat sepuluh komponen untuk mengukur kemahiran generik, iaitu mengumpul dan menganalisis maklumat, kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja dalam pasukan, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran pembelajaran berterusan, kemahiran menggunakan teknologi, keusahawanan, pemikiran kritis dan kreatif, kepimpinan serta kualiti peribadi. Analisis faktor pengesahan (CFA) dijalankan untuk memperoleh penyelesaian 10 faktor menggunakan perisian AMOS. Hasil analisis menunjukkan nilai alfa Cronbach adalah melebihi 0.70. Hasil analisis CFA peringkat kedua mengesahkan bahawa data adalah sepadan dengan model. Adalah dicadangkan bahawa instrumen 40 item berasaskan model 10 faktor ini boleh digunakan untuk mengukur kemahiran generik pelajar kejuruteraan.