Tahap penerimaan pelajar terhadap peruntukan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan di kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam terhadap peruntukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Kajian ini melibatkan seramai 800 responden yang dipilih dari...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Nazri Muslim, Abdul Latif Samian
Format: Article
Language:English
Published: Universiti Kebangsaan Malaysia 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5482/
http://journalarticle.ukm.my/5482/
http://journalarticle.ukm.my/5482/1/Tahap_Penerimaan_pelajar_terhadap_peruntukan_bahasa_melayu_dalam_perlembagaan_persekituan.pdf
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan di kalangan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam terhadap peruntukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. Kajian ini melibatkan seramai 800 responden yang dipilih dari empat buah IPTA. Data kajian diperolehi melalui soal selidik yang dianalisis menggunakan program SPSS. Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, statistik jadual silang (crosstabulation) dan correlation coefficient digunakan bagi menerangkan latar belakang responden dan menilai tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan pelajar terhadap peruntukan bahasa Melayu dalam perlembagaan. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan pelajar terhadap peruntukan bahasa Melayu dalam perlembagaan adalah tinggi secara keseluruhan. Begitu juga, tidak terdapat perbezaan yang ketara tahap pengetahuan, kefahaman dan penerimaan pelajar mengikut demografi. Namun,dari segi tahap penerimaan terdapat perbezaan yang agak ketara mengikut etnik, agama dan aliran pendidikan. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi menangani isu berkaitan dengan peruntukan bahasa Melayu. Seterusnya, kajian ini turut menyumbang kepada bidang ilmu kerana metodologinya berbentuk kuantitatif berbeza dengan kebanyakan kajian sebelum ini yang dilakukan secara kualitatif serta menghasilkan satu instrumen soal selidik untuk kajian selanjutnya.