Analisis pola pengundian etnik Cina dalam Pilihan Raya Kecil Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor (An analysis of the Chinese voting pattern in the by-election of Tenang constituency Legislative Assembly (DUN), Johor)
Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor 2011 diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, iaitu Datuk Sulaiman Taha. DUN Tenang terletak dalam kawasan pilihan raya Parlimen Labis (terletak dalam daerah Segamat, utara negeri Johor) merupakan kawasan k...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5513/ http://journalarticle.ukm.my/5513/ http://journalarticle.ukm.my/5513/1/4_geografia-ogos%25202012-usm-junaidi-ed%2520kat2.pdf |
Summary: | Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Johor 2011 diadakan
berikutan kematian wakil rakyatnya, iaitu Datuk Sulaiman Taha. DUN Tenang terletak dalam kawasan pilihan raya
Parlimen Labis (terletak dalam daerah Segamat, utara negeri Johor) merupakan kawasan kubu kuat UMNO/BN.
Kawasan ini meliputi kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), kampung tradisi Melayu, estet
kelapa sawit dan pekan yang didiami etnik Cina. Dalam pilihan raya kecil ini, sokongan etnik Cina menjadi penentu
dan akan mempengaruhi naik-turun undi popular BN. Sehubungan dengan itu, tujuan artikel ini untuk menganalisis
trend pengundian etnik Cina dalam PRK DUN Tenang. Persoalan yang cuba dilihat ialah faktor-faktor yang
mempengaruhi pola pengundian mereka dalam pilihan raya tersebut. Analisis daa berdasarkan pemerhatian dan
temu bual di lapangan menunjukkan kawasan yang majoritinya pengundi etnik Cina memihak kepada parti
pembangkang/PAS namun kawasan majoriti Melayu terus didominasi UMNO/BN. Sokongan pengundi kaum Cina
kepada parti pembangkang/ Pakatan Rakyat adalah kerana mereka percaya bahawa Pakatan Rakyat dapat menjadi
kerajaan alternatif di peringkat negeri dan pusat bagi memperjuangkan hak mereka, memberikan keadilan sosial,
ekonomi dan politik yang menyeluruh tanpa mementingkan sesuatu kaum sahaja. Pengundi Cina juga berani untuk
mengubah sokongan mereka dengan memberi peluang kepada parti pembangkang untuk berkuasa sama ada di
peringkat negeri mahupun pusat. Hasil kajian ini dapat memberi panduan kepada pihak berkenaan untuk
menentukan faktor yang mempengaruhi pola pengundian etnik Cina dan ini boleh asas bagi merangka strategi dalam
pilihan raya umum yang akan datang. |
---|