Masyarakat dan amalan pengurusan sisa pepejal ke arah kelestarian komuniti: kes isi rumah wanita di Bandar Baru Bangi, Malaysia (Society and the practise of solid waste management towards sustainable community: The case of female households in Bandar Baru Bangi, Malaysia)
Pertambahan penduduk, proses pembandaran dan perindustrian yang pesat menyebabkan bertambahnya sisa pepejal yang dijana oleh masyarakat. Pengurusan sisa pepejal merupakan antara masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat terutama di bandar. Kos pengurusan sisa pepejal dari peringkat pengutipan, p...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5515/ http://journalarticle.ukm.my/5515/ http://journalarticle.ukm.my/5515/1/artikel6.pdf |
Summary: | Pertambahan penduduk, proses pembandaran dan perindustrian yang pesat menyebabkan bertambahnya sisa pepejal
yang dijana oleh masyarakat. Pengurusan sisa pepejal merupakan antara masalah utama yang dihadapi oleh
masyarakat terutama di bandar. Kos pengurusan sisa pepejal dari peringkat pengutipan, pengumpulan, pengangkutan
sampah hingga ke tahap pelupusan, sangat tinggi. Kuantiti sisa pepejal khususnya sampah domestik perlu
dikurangkan bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Aspek kos merupakan penggerak sistem pengurusan sisa
pepejal yang baik. Namun, oleh kerana caj yang dikenakan kepada masyarakat tidak setanding dengan kos
pengurusan sisa, pihak berkuasa tempatan sukar untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat
kerana keterbatasan modal, guna tenaga, operasi, kenderaan serta kekurangan peralatan. Oleh kerana kos pengurusan
sisa pepejal semakin meningkat, maka program kitar semula dilaksanakan bagi mengurangkan kuantiti sisa pepejal
yang dibuang dipunca. Para sarjana mencadangkan supaya caj yang dikenakan kepada masyarakat juga ditingkatkan
agar sampah yang dihasilkan oleh masyarakat dapat dikurangkan. Berdasarkan hal tersebut, makalah ini bertujuan
menilai apakah cadangan di atas sesuai dengan keadaan di Malaysia. Kajian juga bertujuan mengenal pasti anggaran
kesanggupan membayar (WTP) masyarakat terhadap perkhidmatan yang lebih baik. Berasaskan data yang
dikumpulkan melalui kaji selidik ke atas wanita di Bandar Baru Bangi, kajian ini menunjukkan kesanggupan
membayar (WTP) berkait dengan pendapatan yang diterima masyarakat. Sehubungan itu, terdapat beberapa faktor
yang mempengaruhi penjanaan sisa pepejal. Hierarki pengurusan sisa pepejal juga digariskan. Disarankan agar
kadar caj berasaskan cross subsidy dilaksanakan. Melaluinya isi rumah yang berpendapatan tinggi dikenakan
bayaran yang lebih tinggi. Adakah golongan berpendapatan tinggi bersedia membayar caj yang lebih tinggi bagi
mengurus sisa pepejal? Beberapa implikasi dasar akan diutarakan dalam makalah ini. |
---|