Celahan dalam perbualan pemandu pelancong Malaysia dan pelancong Jepun

Sistem komunikasi pertuturan manusia adalah kompleks, mengalami perubahan dan mempunyai peraturan tidak bertulis yang dikongsi bersama masyarakat bahasa. Artikel ini cuba meneroka pengambilan giliran, pertindanan, aizuchi, celahan dan kesopanan dalam kajian analisis perbualan bahasa Jepun. Artikel i...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Roslina Mamat, Hazlina Abdul Halim, Normaliza Abdul Rahim
Format: Article
Language:English
Published: Penerbit UKM 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5545/
http://journalarticle.ukm.my/5545/
http://journalarticle.ukm.my/5545/1/Vol_12_3_%28849-863%29.pdf
Description
Summary:Sistem komunikasi pertuturan manusia adalah kompleks, mengalami perubahan dan mempunyai peraturan tidak bertulis yang dikongsi bersama masyarakat bahasa. Artikel ini cuba meneroka pengambilan giliran, pertindanan, aizuchi, celahan dan kesopanan dalam kajian analisis perbualan bahasa Jepun. Artikel ini merupakan sebahagian hasil penyelidikan terhadap pemandu pelancong Malaysia yang berlesen ketika mereka berinteraksi dengan pelancong Jepun. Data perbualan adalah sebanyak dua jam dan ia direkod menggunakan IC Recorder. Kajian mendapati celahan yang dilakukan mengganggu keterujaan pelancong untuk bercakap. Walau bagaimanapun, celahan yang membantu dilakukan bagi membantu penutur dalam mencari perkataan sebenar dan serta maklumat tambahan kepada pendengar. Celahan seperti ini tidak mengganggu perbualan malah membantu merancakkan perbualan. Kesimpulannya ialah walau pun pemandu pelancong di dalam kajian ini bercakap bahasa Jepun dengan lancar tetapi gagal mengenal pasti sifat bahasa dan budaya Jepun sehingga ia mencelah dan mengganggu aliran perbualan.