Warga tua Melayu pinggir Wilayah Metropolitan, Selangor: pengalaman dan persepsi tentang diri

Pengalaman subjektif meningkat tua amat menekankan terutama bagi mereka yang sakit dan terpaksa bergantung kepada orang lain. Pengalaman ini telah mengubah cara warga tua melihat diri mereka. Mereka kerap merasa diri terpinggir, diabaikan, didera dan dilabel sebagai negatif oleh orang lain terutam...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Aishah@Eshah Mohamed, Katiman Rostam
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5595/
http://journalarticle.ukm.my/5595/
http://journalarticle.ukm.my/5595/1/1.geografia-sept%25202012-aisyah-si-ppspp-ed%2520kat5.pdf
Description
Summary:Pengalaman subjektif meningkat tua amat menekankan terutama bagi mereka yang sakit dan terpaksa bergantung kepada orang lain. Pengalaman ini telah mengubah cara warga tua melihat diri mereka. Mereka kerap merasa diri terpinggir, diabaikan, didera dan dilabel sebagai negatif oleh orang lain terutama golongan muda. Makalah ini mempunyai dua objektif utama, iaitu memahami pengalaman hidup warga tua dan menganalisis pengaruh pengalaman tersebut terhadap persepsi mereka tentang diri sendiri. Perbincangan ini diasaskan kepada kajian kualitatif yang dilakukan dalam jangka masa setahun (dari Jun 2009 ke Mei 2010) dengan menggunakan kaedah temu bual mendalam dengan 20 orang informan yang terdiri daripada warga tua yang dipilih dengan menggunakan kaedah pensampelan bertujuan di tiga daerah di Selangor (Kuala Selangor, Kuala Langat dan Sepang). Setiap informan ditemu bual secara mendalam sebanyak tiga kali yang hasilnya dianalisis berasaskan tema. Hasil kajian menunjukkan bahawa warga tua mengalami keterasingan sosial, kehilangan autonomi, perubahan nilai dan sumber keseronokan lama, terasing, sepi dan takut, penderaan, keperluan rohani dan merasa diri menjadi beban sosial, ekonomi dan emosi keluarga terdekat.