Makna penyertaan dalam program pembangunan komuniti: satu tinjauan dari sudut pandangan dunia komuniti Bidayuh luar bandar

Kajian ini adalah tentang perbezaan antara makna penyertaan yang dikonseptualisasikan oleh agen pentadbir (tahap makro) dengan persepsi penyertaan dan keperkasaan yang dikonstruk berdasarkan pandangan dunia komuniti Bidayuh itu sendiri (tahap mikro). Jurang teoritikal adalah isu yang hendak ditero...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Novel Lyndon, Sivapalan Selvadurai, Er, Ah Choy, Zaimah Ramli, Mohd Fuad Mat Jali, Junaidi Awang Besar, Sarmila Md Sum, Habibah Ahmad, Hasnah Ali, Richard .M, Mohd Yusof Hussain, Hamzah Jusoh
Format: Article
Language:English
Published: Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5597/
http://journalarticle.ukm.my/5597/
http://journalarticle.ukm.my/5597/1/3.geografia-sept%25202012-novel-si-ppspp-ed%2520kat1.pdf
Description
Summary:Kajian ini adalah tentang perbezaan antara makna penyertaan yang dikonseptualisasikan oleh agen pentadbir (tahap makro) dengan persepsi penyertaan dan keperkasaan yang dikonstruk berdasarkan pandangan dunia komuniti Bidayuh itu sendiri (tahap mikro). Jurang teoritikal adalah isu yang hendak diterokai dan dibincangkan dalam makalah ini. Bagi tujuan itu, kajian ini menggunakan pendekatan tafsiran logik abduktif berasaskan ontologi idealis dan epistemologi konstruksionis. Kajian ini dijalankan di Daerah Serian, Sarawak. Menggunakan teknik persampelan bertujuan, sejumlah 50 orang informan telah ditemu bual secara mendalam diikuti dengan perbincangan kumpulan secara tak formal. Hasil kajian mendapati penyertaan yang difahami oleh komuniti Bidayuh tidak terhad di peringkat pelaksanaan sahaja tetapi turut melibatkan peringkat yang lain seperti perancangan, penilaian dan pemantauan. Selain itu, ia turut melibatkan kemampuan mereka dalam memahami, menginterpretasi masalah yang dihadapi dan kemudiannya mentakrifkan keperluan serta menterjemahkannya kepada proses tindakan melalui penyertaan dalam organisasi itu sendiri.