Isu keterancaman keselamatan perairan Mersing dan pulau-pulau di sekitarnya
Kawasan perairan Mersing termasuk pulau-pulau di sekitarnya telah digazetkan sebagai Taman Laut pada tahun 1985 disebabkan oleh kerajaan ingin memelihara khazanah marin dan juga artifak bernilai yang terdapat di dasar laut. Sebagai kawasan terpelihara, namun Taman Laut sering menghadapi keterancam...
Main Authors: | , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5600/ http://journalarticle.ukm.my/5600/ http://journalarticle.ukm.my/5600/1/6.geografia-sept%25202012--Azimah-si-ppspp-ed%2520kat2.pdf |
Summary: | Kawasan perairan Mersing termasuk pulau-pulau di sekitarnya telah digazetkan sebagai Taman Laut pada tahun
1985 disebabkan oleh kerajaan ingin memelihara khazanah marin dan juga artifak bernilai yang terdapat di dasar
laut. Sebagai kawasan terpelihara, namun Taman Laut sering menghadapi keterancaman disebabkan oleh tindakan
manusia sendiri. Makalah ini bertujuan meneliti isu keterancaman keselamatan Taman Laut Mersing dan
membincangkan usaha mengekalkan keselamatan serta pemuliharaan Taman Laut ini. Kaedah pengutipan data
adalah melalui maklumat sekunder daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Jabatan Marin, Jabatan
Taman Laut Johor, Jabatan Perikanan dan Polis Marin, akhbar serta data primer melalui temu bual bersemuka.
Kajian ini mendapati, pulau-pulau di sekitar Mersing sedang menghadapi isu yang dikaitkan dengan ancaman lanun,
pencerobohan nelayan asing, pelanggaran syarat menangkap ikan dan juga kecurian artifak bernilai di dasar laut.
Makalah ini juga turut membincangkan beberapa implikasi ancaman tersebut dan mengemukakan beberapa
cadangan yang perlu ke arah melindungi keselamatan perairan Mersing ini. |
---|