Tingkahlaku isirumah dan pengurusan sisa pepejal kawasan perumahan di Jakarta, Indonesia
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengurusan sisa pepejal di pemukiman berpendapatan tinggi dan berpendapatan rendah di Jakarta, Indonesia. Fokus kajian adalah untuk mengenal pasti tingkah laku dan faktorfaktor yang mempengaruhi tingkah laku masyarakat, terhadap pengurusan sisa pepejal. Kaji...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
Faculty of Social Sciences and Humanities, UKM,Bangi
2012
|
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5610/ http://journalarticle.ukm.my/5610/ http://journalarticle.ukm.my/5610/1/16.geografia-sept%25202012-hasnah-si-ppspp-ed%2520am1.pdf |
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengurusan sisa pepejal di pemukiman berpendapatan tinggi dan
berpendapatan rendah di Jakarta, Indonesia. Fokus kajian adalah untuk mengenal pasti tingkah laku dan faktorfaktor
yang mempengaruhi tingkah laku masyarakat, terhadap pengurusan sisa pepejal. Kajian menggunakan
soal selidik seramai 117 yang diberikan secara rawak kepada warga masyarakat di kawasan Kelapa Gading dan
Warakas dan dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi. Penemuan kajian menunjukkan bahawa
ada perbezaan tingkah laku antara warga masyarakat yang berpendapatan tinggi dan rendah. Bagi masyarakat
yang berpendapatan rendah (Warakas) terbukti wujud hubungan yang signifikan antara pendapatan dengan
kesedaran masyarakat untuk mengurangkan sisa, mengasingkan sisa, aktiviti kitar semula (kaedah 3R) dan
pengkomposan. Faktor pendidikan juga menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pengetahuan
masyarakat berkenaan pengurusan sampah sarap. Manakala untuk masyarakat yang berpendapatan tinggi
(Kelapa Gading) hanya wujud hubungan yang signifikan antara faktor pendidikan dengan kebiasaan membuang
sampah. Kesimpulannya, penglibatan daripada semua pihak yang berkaitan amatlah penting bagi mewujudkan
pengurusan sisa buangan yang baik terutamanya (isi rumah) sebagai pembuang sampah dan pihak kerajaan
sebagai pembuat dasar. |
---|