Kajian prevalens trichomonas vaginalis melalui lumuran pap lazim di Hospital Umum Sarawak, Malaysia
Kajian ini dilakukan untuk menentukan prevalens jangkitan Trichomonas vaginalis, di kalangan wanita yang berumur 20 hingga 59 tahun di Hospital Umum Sarawak melalui pemeriksaan ke atas lumuran Pap lazim. Prevalens jangkitan ini dikaji di kalangan lima kumpulan etnik utama iaitu kaum Iban, Cina, Mela...
Main Authors: | , , , , |
---|---|
Format: | Article |
Language: | English |
Published: |
penerbit ukm
2012
|
Subjects: | |
Online Access: | http://journalarticle.ukm.my/5613/ http://journalarticle.ukm.my/5613/1/JSKM%20bab%203.pdf |
Summary: | Kajian ini dilakukan untuk menentukan prevalens jangkitan Trichomonas vaginalis, di kalangan wanita yang berumur 20 hingga 59 tahun di Hospital Umum Sarawak melalui pemeriksaan ke atas lumuran Pap lazim. Prevalens jangkitan ini dikaji di kalangan lima kumpulan etnik utama iaitu kaum Iban, Cina, Melayu, Bidayuh dan Orang Ulu. Penyaringan dijalankan pada lumuran Pap lazim ke atas 300 sampel slaid yang telah diproses dan dicelup menggunakan pencelup Papanicolaou. Berdasarkan maklumat pada borang permohonan penyaringan lumuran Pap, tanda dan gejala jangkitan diambil kira sebagai petunjuk penting semasa penyaringan kerana melalui tanda dan gejala jangkitan, lumuran Pap mempunyai hubungan yang rapat kepada ciri-ciri gambaran sitomorfologi jangkitan yang berlaku ke atas sel epitelial sekiranya ianya mengalami jangkitan. Kategori umur untuk setiap golongan etnik juga dijadikan sebagai salah satu faktor pengukur bagi menilai tahap kekerapan jangkitan. Hasil kajian menunjukkan trikomoniasis mencatatkan jangkitan sebanyak 7.7% kes. Jangkitan berlaku pada kesemua kumpulan etnik dan lebih kerap ditemui pada golongan umur 20 hingga 29 tahun. Kesemua kes turut menunjukkan tanda dan gejala jangkitan. Hasil kajian ini menunjukkan kepentingan menjalani ujian lumuran Pap sebagai ujian mengesan jangkitan Trikomonas vaginalis selain saringan awal pengesanan kanser serviks. |
---|