Perkahwinan adat Rembau, Negeri Sembilan, dalam penulisan C.W.C Parr dan W.H Mackray

Daerah rembau di Negeri Sembilan mengamalkan adat pepatih dalam perkahwinan. Walaubagaimanapun sesetengah amalan dalam adat pepatih di anggap bertentangan dengan hukum syarak. Kertas kerja ini membincangkan beberapa amalan dalam adat pepatih di Daerah Rembau, Negeri Sembilan sepertimana yang di ula...

Full description

Bibliographic Details
Main Authors: Mat Noor Mat Zain, Che Maryam Ahmad, Zuliza Mohd Kusrin
Format: Article
Published: Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 2012
Online Access:http://journalarticle.ukm.my/5633/
Description
Summary:Daerah rembau di Negeri Sembilan mengamalkan adat pepatih dalam perkahwinan. Walaubagaimanapun sesetengah amalan dalam adat pepatih di anggap bertentangan dengan hukum syarak. Kertas kerja ini membincangkan beberapa amalan dalam adat pepatih di Daerah Rembau, Negeri Sembilan sepertimana yang di ulas oleh C.W.C.Parr dan W.H Mackray dalam penulisannya bertajuk Marriage in Negeri Sembilan: A Note on the conflict between the rule of custom and those of Islam.Terdapat lima perkara yang diulas dalam penulisan tersebut sebagai amalan adat pepatih yang memerlukan penjelasan hukum syarak, iaitu berkenaan perwalian, perempuan-perempuan yang haram dipinang, mas kahwin pemilikan harta dalam perkahwinan dan poligami.Perbincangan mendapati bahawa pendapat Parr dan Mackray lebih menekankan aspek adat, manakala perbincangan tentang hukum syarak terlalu sedikit dan ringkas serta sebahagiannya tidak bertepatan dengan hukum syarak.Hala ini tidak menghairankan kerana mereka bukannya pakar dalam syariat Islam